Wasiyyah Shoppe berhad

Rancang harta dan urus pusaka kini tepat dan mudah

Promosi Pusaka

Serendah RM3000 sahaja.
Dibawah Akta Probet, caj 5% akan dikenakan mengikut nilai harta.

GERAKAN KESEDARAN HIBAH PERAK

Pada 1hb Mac 2018, DYMM Sultan Perak telah berkenan untuk melancarkan Gerakan Kesedaran Hibah Peringkat Negeri Perak sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat negeri Perak menyediakan Dokumen Hibah bagi mengelakkan masalah harta pusaka daripada berlaku

50,000 orang islamĀ telah dibantu

5hb Mei 2004 ialah tarikh bersejarah kelahiran Wasiyyah Shoppe Berhad. Dengan objektif penubuhan untuk membantu umat Islam merancang harta dan mengurus pusaka mengikut kaedah Syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad memulakan operasi di tingkat 42 Menara Dua KLCC.

Bermula dengan pejabat berkeluasan 200 kaki persegi, ia kemudiannya berpindah lokasi ke pejabat berkeluasan 2000 kaki persegi di Jalan Kuching Kuala Lumpur pada 2005. Kini Wasiyyah Shoppe beroperasi dari ibupejabat koporatnya di Dataran Cascades Kota Damansara dengan keluasan pejabat 12,000 kaki persegi.

Sehingga 31hb Disember 2017, lebih dari 50,000 orang Islam seluruh Malaysia telah dibantu urus dalam urusan perancangan harta mereka.

LIHAT APA KATA PELANGGAN KAMI

NILAI KORPORAT

Bekerja kerana Allah S.W.T
Wasiyyah Shoppe berpegang teguh kepada pendirian bahawa penglibatan kami di dalam industri perancangan harta dan pengurusan harta pusaka secara Syariah pada hari ini adalah sebahagian dari ibadat Fardhu Kifayah. Segala usaha, tenaga dan masa yang dibuat tidak lain hanya semata-mata kerana Allah SWT. Kami yakin dan percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa memberkati usaha yang dilakukan oleh hambaNya yang ikhlas dan jujur.

Cekap dan Pantas

Wasiyyah Shoppe akan meneruskan usaha melaksanakan segala urusan pelanggan dengan lebih cekap dan pantas di samping bersaing dengan lebih sihat di pasaran tempatan dan global.

Amanah

Wasiyyah Shoppe mengambil pendirian bahawa segala urusan pelanggan adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh komited dan sempurna.

Telus dan Tepat

Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa semua pelanggan adalah individu yang bijaksana dari aspek membuat pertimbangan terbaik mengenai kemahuan dan keperluan perancangan harta.

Cemerlang dalam Perkhidmatan Pelanggan

Wasiyyah Shoppe percaya dan yakin bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kesetiaan pelanggan ialah dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Memerlukan nasihat bagaimana anda boleh merancang harta anda mengikut kaedah Syariah ?

Perkhidmatan paling komprehensif di Malaysia

Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan 30 jenis perkhidmatan perancangan harta dan pengurusan pusaka secara Syariah yang boleh memenuhi hampir kesemua keperluan rakyat Malaysia.

Perkhidmatan percuma untuk waris.

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh memberikan perkhidmatan percuma untuk waris selepas kematian pelanggan. Waris tidak perlu membayar apa-apa fi atau harta pusaka ditolak bagi tujuan bayaran fi pengurusan pusaka.

Perkhidmatan peribadi percuma untuk waris.

Apabila dihubungi, Wasiyyah Shoppe Berhad akan menghantar wakil Jabatan Perundangannya untuk bertemu waris pada bila-bila masa, siang atau malam, hari bekerja atau cuti hujung minggu di mana-mana lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia bagi memberi khidmat nasihat kepada waris supaya mereka memahami dengan jelas proses perundangan yang perlu mereka lalui bagi menuntut harta pusaka. Tiada sebarang caj dikenakan untuk perkhidmatan ini.

Perkhidmatan patuh syariah

Segala operasi dan pembangunan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad melalui proses saringan ketat dan hanya diperkenalkan kepada masyarakat selepas diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad.

Perkhidmatan terbukti

Dengan lebih 300 perintah pengesahan hibah yang telah diperolehi dari Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dan 500 kes pusaka telah berjaya diselesaikan di dalam tempoh purata antara 3 hingga 8 bulan, perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad telah terbukti keberkesanannya.

KEPAKARAN KAMI

Wasiyyah Shoppe Berhad memegang reputasi sebagai syarikat amanah pertama di Malaysia yang berkepakaran di dalam penyediaan dan perlaksanaan hibah secara sistematik di Mahkamah Syariah Malaysia. Kepakaran ini diperolehi dari pengalaman dan penyelidikan ilmiah yang telah dilaksanakan bersama UKM.

TADBIR URUS KORPORAT

Wasiyyah Shoppe Berhad dipimpin oleh lembaga pengarah yang berpengalaman luas puluhan tahun di dalam bidang korporat dan profesional.

Gabungan pengalaman korporat, profesional dan tenaga muda dinamik menghasilkan tadbir urus korporat terbaik bagi manfaat pelanggannya.

Sosial Media

Hubungi Kami

A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125