AHLI LEMBAGA PENGARAH

Dato’ Ahmad Khairummuzammil Bin Mohd Yusoff

Pengerusi Lembaga Pengarah
Dato’ Ahmad Khairummuzammil Bin Mohd Yusoff

Pengerusi Lembaga Pengarah

Dilahirkan pada 24hb Ogos 1941, beliau ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad yang telah dilantik ke Lembaga Pengarah semenjak 28hb Ogos 2007.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya pada 13hb Jun 1964, beliau memiliki pengalaman luas 39 tahun di dalam bidang korporat. Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi di Penang Shipbuilding Corporation Sdn Bhd (1978-1991), UDA Merchant Bank (1997-1982), Urus Bangunan Sdn Bhd (1978-1986), Syarikat Bandar Baru Uda Sdn Bhd (1978-1986), UDA Sea Park Sdn Bhd (1978-1980), United Estate Project Sdn Bhd (1979-1980), Daya Urus Sdn Bhd (1981-1986), Guthrie Property Development Holding Sdn Bhd (1991-1994), Metrojaya Berhad (1979-2015) disamping menjadi Pengarah kepada pelbagai syarikat yang lain.

Pengalaman berpuluh tahun di dalam pengurusan korporat kini dibawanya ke dalam Wasiyyah Shoppe Berhad bagi memastikan organisasi ini diurus mengikut tadbir urus korporat (Corporate Governance) terbaik di dalam menjaga amanah yang telah diberikan oleh pelanggan kepada Wasiyyah Shoppe Berhad.

Dato’ Ahmad Tajudin Bin Abdul Rahman

Ahli Lembaga Pengarah
Dato’ Ahmad Tajudin Bin Abdul Rahman

Ahli Lembaga Pengarah

Beliau merupakan bekas Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad dan bekas Pengerusi Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Beliau juga ialah Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sehingga 2013. Hari ini beliau juga merupakan salah seorang ahli di dalam Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Selain dikenali sebagai pelopor di dalam bidang kewangan Islam di Malaysia, beliau juga merupakan Presiden Pengasas kepada Association of Islamic Banking Institution Malaysia (AIBIM). Hari ini beliau memainkan peranan aktif di dalam usaha penubuhan bank islam di negara-negara seperti Sri Lanka, Mauritius dan Russia.

Pengalaman luasnya di dalam kewangan islam diyakini dapat membantu Wasiyyah Shoppe Berhad di dalam sasarannya untuk menjadi syarikat pengamanahan Islam terbaik di Malaysia.

Dato’ Zabir Bin Bajuri

Ahli Lembaga Pengarah
Dato’ Zabir Bin Bajuri

Ahli Lembaga Pengarah

Dilahirkan pada 20hb Oktober 1947, beliau ialah ahli Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak Disember 2015 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya pada 1970. Pada 2007, beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dari Midwest Missouri University, USA.

Beliau memulakan kerjaya di Bank Negara Malaysia pada 1970 sebagai Penolong Ahli Ekonomi sebelum bekerja di organisasi lain seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Bank Bumiputera Berhad dan Credit Guarantee Corporation. Pada 1994, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Peransang Selangor Bhd disamping memegang jawatan Pengerusi di Perangsang Hotel and Properties Sdn Bhd, WorldWide Bhd, Shah Alam Properties Sdn Bhd dan beberapa anak syarikat kumpulan Perangsang yang lain. Sehingga 2008, beliau ialah Presiden Kumpulan Darul Ehsan (KDE).

Hari ini, beliau masih aktif di dalam dunia perniagaan dengan bertindak sebagai Pengerusi Eksekutif DZB Group of Companies dan beberapa organisasi NGO yang lain.

En. Salihin Abang

Ahli Lembaga Pengarah
En. Salihin Abang

Ahli Lembaga Pengarah

Seorang akauntan bertauliah, beliau merupakan seorang Chartered Accountant (ACM) di Malaysian Institute of Accountant (MIA), ahli di Chartered Tax Institute of Malaysia (FCTIM), ahli bersekutu Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia) dan berdaftar di Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) sebagai Certified Financial Planner (CFP).

Berkelulusan ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), beliau adalah pengasas kepada SALIHIN, sebuah organisasi rundingcara kewangan dan korporat milik penuh bumiputera. Hari ini SALIHIN adalah antara organisasi peneraju di dalam industri rundingcara kewangan di Malaysia .

Selain penglibatan profesional, beliau juga aktif di dalam gerakan NGO seperti Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak, Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Suria Sabah, Ahli Lembaga Amanah Asia Invest Foundation dan Naib Pengerusi Sarawak Diaspora Network (SDN).

En. Ariffin Sabirin

Ahli Lembaga Pengarah
En. Ariffin Sabirin

Ahli Lembaga Pengarah

Pengasas Wasiyyah Shoppe Berhad pada 2004, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1994. Memulakan kerjaya di Citibank N.A pada 1994 sebelum berhijrah ke RHB Unit Trust Management Berhad pada 1996.

Kerjaya di dalam industri perancangan harta pusaka bermula pada 1998 apabila berkhidmat sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan Amanah Hibah Sdn Bhd. Pada 2004, beliau menubuhkan Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd dengan objektif utama untuk mendaulatkan kaedah perancangan harta pusaka secara syariah.

Ariffin instrumental di dalam industri perancangan harta pusaka di Malaysia dan dikenali sebagai pelopor kepada aplikasi hibah di Malaysia semenjak tahun 2004. Beliau telah membentangkan ribuan kertas kerja berkaitan isu harta pusaka islam di university, majlis agama islam negeri-negeri, jabatan mufti negeri-negeri, Jabatan Wakaf dan Zakat (Jauhar) dan NGO di seluruh Malaysia.

En. Azrin Sabirin

Ahli Lembaga Pengarah
En. Azrin Sabirin

Ahli Lembaga Pengarah

Pengasas bersama Wasiyyah Shoppe Berhad, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan UITM. Beliau bertanggungjawab ke atas pembangunan operasi Wasiyyah Shoppe Berhad. Pada tahun 2008, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan instrumental di dalam pembangunan perniagaan Wasiyyah Shoppe Berhad.

Beliau juga kerap dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan isu harta pusaka di seluruh Malaysia dan sering muncul di dalam rancangan Wanita Hari Ini TV3. Beliau berpengalaman 14 tahun di dalam pengurusan harta pusaka orang Islam membantu perkembangan Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini.

En. Shaik Mohamed Imran Bin Ismet Bashah

Ahli Lembaga Pengarah
En. Shaik Mohamed Imran Bin Ismet Bashah

Ahli Lembaga Pengarah

Dilahirkan pada 1971, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang LLB dan LLM dari University of Sheffield United Kingdom pada 1996. Beliau memulakan kerjaya bersama Bank Pembangunan Berhad pada 1997 sebagai pegawai undang-undang.

Pada 2002 beliau menubuhkan firma guaman sendiri sebagai rakan kongsi di Farah Zabir & Associates yang beroperasi di Shah Alam. Kepakaran beliau ialah di dalam undang-undang korporat dan syarikat di samping undang-undang sivil probet dan pentadbiran.