DASAR PEMBERI MAKLUMAT

1.0 OBJEKTIF
Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) telah mewujudkan Dasar Pemberi Maklumat (“Whistleblowing Policy”) salah laku di tempat kerja bagi memudahkan anggota kerja WSB, Perunding-Perunding dan Orang Awam melaporkan pelanggaran tatalaku dan/atau integriti, secara berstruktur dan dengan jaminan bahawa identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.

Pendedahan tentang salah laku seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh seseorang yang dilantik oleh WSB boleh dilakukan melalui salah satu saluran-saluran berikut:

i. E-mail ke alamat integriti@wasiyyahshoppe.com.my
ii. Surat kepada:
PENGERUSI WASIYYAH SHOPPE BERHAD,
A-G-07, Dataran Cascades, No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damasara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

iii. Telefon ke talian 03-7625 1125 dari Isnin hingga Jumaat (9.00 pagi hingga 6.00 petang).
iv. Hadir ke pejabat Pengerusi Wasiyyah Shoppe Berhad.

2.0 PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
Pemberi Maklumat akan diberi perlindungan di bawah Dasar ini jika pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat adalah termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang menetapkan bahawa identiti Pemberi Maklumat akan dilindungi dan dirahsiakan.

Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti seperti di bawah:
i. Nama;
ii. No. Kad Pengenalan; dan
iii. No. Telefon untuk dihubungi-Pejabat/ Telefon Bimbit/ Rumah Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan yang dilakukan.

3.0 SKOP PELAPORAN
Apa-apa kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

i. Rasuah dan penipuan.
ii. Kesalahan jenayah.
iii. Penyalahgunaan dana atau aset WSB.
iv. Salah guna kuasa yang serius dalam WSB.
v. Penyelewengan kewangan atau pelanggaran peraturan kewangan yang serius dalam WSB.
vi. Tindakan/ pengabaian yang membahayakan kesihatan dan keselamatan anggota WSB, orang ramai atau alam sekitar.
vii. Tindakan sengaja mengarah atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana satu daripada perkara di atas.

4.0 KANDUNGAN PENDEDAHAN MAKLUMAT
Maklumat yang hendak dilaporkan perlu mengandungi perkara berikut:

i. Nama Pesalah Laku;
ii. Keterangan tentang insiden yang didakwa berlaku;
iii. Waktu kejadian;
iv. Tarikh kejadian;
v. Maklumat lain yang berkenaan;
vi. Bukti sokongan(jika ada) ;

5.0 PERLINDUNGAN
Perlindungan Pemberi Maklumat terbatal sekiranya:

i. Pemberi maklumat mengambil bahagian dalam perlakuan tidak wajar.
ii. Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu.
iii. Pendedahan maklumat dilakukan dengan niat jahat.
iv. Pendedahan maklumat adalah remeh dan menyusahkan.

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

ABOUT US

Our Expertise

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)
A-G-07, Dataran Cascade,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

+603-7625 1123 / 1125
telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my