Wasiyyah Shoppe Berhad menyedari hakikat betapa umat Islam yang mempunyai portfolio aset bernilai tinggi yang rumit dan sofistikated memerlukan perkhidmatan perancangan harta terperinci yang istimewa, ‘tailor-made’ dan cemerlang bagi memenuhi segala keperluan perancangan harta mereka.

Keperluan segmen pasaran ini pastinya tidak boleh dicapai dengan membuat wasiat semata-mata. Ia memerlukan gabungjalin penggunaan pelbagai instrumen perancangan harta secara Syariah dan Sivil yang kompleks tetapi mampu mencapai objektif perancangan harta pelanggan.

Kerana perancangan harta bagi golongan ini melibatkan nilai harta yang tinggi, Wasiyyah Shoppe Berhad juga faham bahawa sekiranya wujud keperluan untuk mengubah atau menambah strategi perancangan harta, penyediaan  dokumen berkenaan perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi meminimakan apa-apa risiko.

Atas keperluan ini, Wasiyyah Shoppe Berhad melancarkan KELAB EMYR. Emyr bermaksud ‘Raja’ di mana pelanggan diberi perkhidmatan premium terbaik yang mampu diberikan di dalam industri perancangan harta di Malaysia, perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Sebagai peneraju industri yang menawarkan perkhidmatan perancangan harta bersifat ‘boutique’ yang pertama di Malaysia, Wasiyyah Shoppe Berhad memahami secara mendalam keperluan pelanggan segmen ini.

Seorang pengurus perhubungan pelanggan yang kami gelar ‘Istisyary’ telah dipertanggungjawabkan untuk untuk menjawab panggilan dari pelanggan 24-7 bagi memenuhi semua keperluan. Apa sahaja keperluan pelanggan KELAB EMYR akan dipenuhi di dalam tempoh 7 hari bekerja. KELAB EMYR menawarkan segala-galanya yang anda perlukan dalam merancang harta.

Ada berminat untuk diberi perkhidmatan seperti seorang ‘Raja’ ? Jadilah pelanggan KELAB EMYR kami.

TENTANG KAMI

Kepakaran Kami

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)

A-G-07, Dataran Cascade,

No. 13A, Jalan PJU 5/1,

Kota Damansara PJU 5,

47810 Petaling Jaya, Selangor. 

+603-7625 1123 / 1125

telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my