HARTA SEPENCARIAN

Masalah yang wujud

Ada di antara harta tertentu yang dibeli hasil sumbangan bersama suami dan isteri tetapi pendaftaran nama atas harta tersebut hanya tertera nama suami atau isteri sahaja.

situasi contoh

apabila membeli rumah, suami dan isteri sama-sama mengeluarkan duit simpanan masing-masing sebagai bayaran deposit pembelian. Malah bayaran ansuran bulanan juga dibayar secara sumbangan bersama. Namun rumah hanya didaftarkan di atas nama suami sahaja.

Apabila suami mati, rumah itu dianggap harta pusaka suami yang mempunyai hak untuk setiap waris mengikut Hukum Faraid.

Isteri sebenarnya mempunyai hak harta sepencarian ke atas rumah tersebut kerana dia juga menyumbang secara langsung dengan membayar wang untuk deposit dan ansuran bulanan.

proses menuntut harta

Proses menuntut harta sepencarian oleh isteri ke atas rumah tersebut TIDAK MUDAH kerana dia perlu mengemukakan

permohonan mahkamah

Permohonan kepada mahkamah syariah perlu dikemukakan oleh isteri dan beliau perlu menunjuk bukti pada mahkamah bahawa beliau juga turut membuat komitmen.

keputusan hakim

Selepas selesai perbicaraan Hakim akan menggunakan pertimbangannya berapa hak harta sepencarian yang selayaknya isteri perolehi berdasarkan takat sumbangannya

masa yang lama

Proses ini memakan masa yang lama dan belum tentu isteri mendapat hak sehingga separuh dari rumah tersebut.

harta boleh dituntut dalam 3 keadaan

  • pasangan meninggal dunia
  • pasangan bercerai
  • suami ingin berpoligami

Memerlukan nasihat bagaimana anda boleh merancang harta anda mengikut kaedah Syariah ?

Solusi perkhidmatan yang diberikan

Perjanjian Harta Sepencarian

N

Penyelesaian bagi cabaran menuntut harta sepencarian ialah masyarakat boleh menyediakan Perjanjian Harta Sepencarian di Wasiyyah Shoppe Berhad bagi melindungi hak pasangan.

N

Kewujudan Perjanjian harta sepencarian ini memudahkan Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan sama ada pasangan berhak ke atas harta dan berapa haknya.

N

Perjanjian akan dibuat bagi mengisytiharkan harta tertentu atau keseluruhan harta sebagai hak harta sepencarian sebanyak kadar maksima separuh.

N

Bagi harta berkenaan yang telah dimasukkan sebagai hak harta sepencarian di dalam Perjanjian ini , hak pasangan akan diserahkan terlebih dahulu sebelum hak waris yang lain mengikut Hukum Faraid diserahkan.

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

Sosial Media

Hubungi Kami

A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125