PENYEDIAAN DAN PERLAKSANAAN DOKUMEN HIBAH

Masalah yang wujud

GOLONGAN-GOLONGAN KRITIKAL YANG MEMERLUKAN HIBAH

Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak

Bermasalah kerana bahagian isteri  hanyalah ¼ sahaja mengikut Hukum Faraid manakala bakinya ialah milik ibubapa simati atau adikberadik simati jika bapanya telah meninggal dunia lebih awal. Perbalahan sangat biasa berlaku  di  antara adikberadik dan pasangan simati.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak angkat sahaja

Ini kerana anak angkat tidak mempunyai hak langsung ke atas harta pusaka ibubapa angkatnya. Ini bermakna semua harta pusaka adalah milik ibubapa simati atau ibu dan adikberadiknya jika bapa telah meninggal dunia lebih awal.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak perempuan sahaja

Ini kerana sekiranya bapa simati telah meninggal dunia lebih awal, harta pusaka menjadi milik ibu ( jika masih ada ), pasangan, anak-anak perempuan dan adikberadik simati.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak Orang Kelainan Upaya ( OKU )

Hukum Faraid tidak pernah membezakan anak normal dan anak OKU. Ia hanya membezakan anak lelaki dan perempuan sahaja. Anak OKU berkeperluan untuk lebih harta kerana dia tidak  mampu memperoleh pendapatan dan menjaga dirinya sehingga ke penghujung hayat.

Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan

Anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian. Ibubapa dalam masa yang sama menyayangi kedua-dua anak lelaki dan perempuan sama rata dan mahukan juga hartanya dibahagikan secara sama rata kepada semua anak-anak.

Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun

Seringkali berlaku keadaan di mana suami isteri meninggal dunia serentak akibat kemalangan dan meninggalkan anak-anak di bawah umur 18 tahun. Harta yang berhak  ke atas anak-anak  ini  akan dipegang oleh pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah. Sekiranya pemegang amanah ini  menjalankan tanggungjawab dengan baik, anak-anak  ini  akan terbela. Sekiranya sebaliknya, nasib anak-anak ini akan terjejas.

Pasangan suami isteri yang membeli rumah secara pinjaman bersama (joint loan)

Jika salah seorang dari peminjam bersama ini meninggal dunia, separuh bahagiannya ke atas rumah tersebut adalah harta pusakanya yang mengikut Hukum Faraidnya waris-waris mempunyai hak. Sekiranya ibubapanya masih hidup ketika itu, maka selain pasangan dan anak-anak, ibubapanya juga mempunyai hak sebanyak 1/6 setiap seorang ke atas rumah tersebut. Jika ibubapanya meninggal dunia selepas itu, 1/6 bahagian setiap ibu atau bapa ini, akan diwarisi pula oleh adik beradik simati. Ini bermakna pasangan, anak-anak dan adik beradik simati akan sama-sama mempunyai hak ke atas rumah tersebut!

Suami atau isteri yang memiliki rumah yang masih di dalam pinjaman

Rumah dimiliki oleh suami atau isteri. Apabila mereka meninggal dunia maka pasangan yang ditinggalkan perlu menjelaskan baki pinjaman perumahan yang masih tertunggak. Walaupun kebanyakan pinjaman perumahan mempunyai insuran atau takaful MRTA/MRTT, didapati dalam kebanyakan keadaan, baki pinjaman tidak diselesaikan sepenuhnya oleh insuran / takaful ini. Pasangan perlu bertungkus lumus menyelesaikan tunggakan pinjaman dan selepas ia diselesaikan, waris-waris lain seperti ibubapa ( jika hidup ketika peminjam mati ) atau adik beradik ( jika tiada anak lelaki ) tetap mempunyai hak ke atas rumah ini.

Suami yang berpoligami

Apabila suami mati meninggalkan seorang isteri, jika suami mempunyai anak , bahagian isteri ialah 1/8. Namun jika terdapat 2 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/16 bahagian. Jika terdapat 3 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/24 bahagian dan jika terdapat 4 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/32 bahagian tanpa mengira isteri yang pertama atau keempat.

Suami yang kematian isteri dan berkahwin semula dengan isteri baru

Apabila keadaan ini berlaku, sentiasa wujud masalah di antara anak-anak suami dan isteri baru suami. Anak-anak akan sentiasa menganggap bahawa isteri muda ayah mereka hanya berkahwin dengan ayah kerana ingin membolot harta ayah mereka.

Memerlukan nasihat bagaimana anda boleh merancang harta anda mengikut kaedah Syariah ?

Solusi perkhidmatan yang diberikan

Segala cabaran yang dilalui oleh golongan di atas boleh diatasi apabila mereka menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad

Pasangan yang tidak mempunyai anak
Pasangan ini boleh saling menghibahkan harta masing-masing kepada pasangan. Apabila mati, harta suami menjadi  milik isteri sepenuhnya dan juga sebaliknya. Ini  menjamin kebajikan pasangan terjaga.
Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
Apabila harta DIHIBAHKAN kepada anak-anak  perempuan, ia terkeluar dari  harta pusaka dan tidak akan diagihkan mengikut hukum faraid. Anak perempuan akan memiliki harta yang DIHIBAH  tanpa campurtangan waris-waris lain seperti adikberadik simati.
Pasangan yang mempunyai anak OKU
Ibubapa boleh MENGHIBAHKAN hartanya kepada anak-anak OKU ini dan melantik seorang pemegang amanah harta yang dipercayai. Pemegang Amanah ini akan menggunakan harta ini bagi kepentingan anak  OKU ini
Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan
Ibubapa yang ingin membahagikan hartanya secara sama rata di antara anak lelaki  dan anak perempuan boleh menggunakan kaedah HIBAH. Contoh 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan DIHIBAHKAN rumah pada kadar yang sama iaitu ½ bahagian untuk anak lelaki dan ½ bahagian untuk anak perempuan. Hukum faraid tidak akan terpakai sekiranya HIBAH ini telah dibuat ke atas rumah.
Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
Melalui HIBAH, suami atau  isteri boleh MENGHIBAHKAN harta kepada anak di bawah umur dan melantik Pemegang Amanah harta yang dipercayai sekiranya apa-apa berlaku kepada ibubapa dalam keadaan anak masih di bawah umur.
Pasangan yang membeli rumah secara pinjaman bersama ( joint loan)

Kedua-dua suami dan isteri yang memiliki ½ bahagian dari rumah setiap seorang boleh MENGHIBAHKAN rumah bahagian mereka kepada anak-anak. Contohnya pasangan mempunyai 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan.

 

Suami boleh MENGHIBAHKAN  ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu tidak akan menjadi harta pusaka dan diagih kepada waris mengikut Hukum Faraid, sebaliknya akan dimiliki terus oleh dua anak itu.

 

Begitu juga isteri MENGHIBAHKAN ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu akan menjadi  milik 2 anaknya.

 

Akhirnya kesemua bahagian rumah itu tidak  menjadi  harta pusaka sebaliknya dimiliki oleh 2 anak berkenaan.

Suami atau isteri yang memiliki rumah yang masih di dalam pinjaman
Melalui kaedah HIBAH, suami yang memiliki  rumah yang masih dalam pinjaman boleh MENGHIBAHKAN rumahnya kepada pasangannya. Walaupun ada baki pinjaman tertunggak, pasangan akan dengan rela hati berusaha membayarnya kerana dia tahu rumah itu sudahpun menjadi milikinya.
Suami yang berpoligami
Suami boleh secara spesifik MENGHIBAHKAN  harta-harta yang dikehendakinya kepada isteri pertama atau isteri-isteri yang lain. Kesemua isteri akan menerima harta yang dihibah dan bahagian di dalam Faraid. Suami boleh secara adil MENGHIBAHKAN bahagian yang lebih kepada isteri pertama berbanding isteri lain sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya.
Suami yang kematian isteri dan berkahwin semula dengan isteri yang baru
Suami boleh MENGHIBAHKAN  sebahagian hartanya kepada isteri baru dan juga kepada anak-anak. Ini memastikan nasib isteri lebih terjamin kerana dia akan menerima harta yang DIHIBAH dan juga bahagian faraidnya sebanyak 1/8. Anak-anak  juga rasa selamat kerana mereka menerima juga harta yang DIHIBAH dan bahagian mengikut faraid. Ini  mengelakkan konflik berpanjangan di antara isteri muda dan anak-anak suami.

Wasiyyah Shoppe Berhad memegang rekod sebagai syarikat amanah yang telah menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah yang terbanyak di Malaysia.

Lebih dari 300 perintah pengesahan hibah telah diperolehi dari Mahkamah TInggi Syariah seluruh Malaysia yang membuktikan bahawa Dokumen Pengisytiharan Hibah Wasiyyah Shoppe Berhad adalah sah mengikut Hukum Syarak.

8 Keistimewaan Hibah di Wasiyyah Shoppe

Format diluluskan oleh Panel Syariah

Format diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad yang berpengalaman puluhan tahun sebagai pakar fiqh mawarith, hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan pegawai Pejabat Pusaka Kecil.

Perlaksanaan Hibah

Perlaksanaan Hibah Wasiyyah Shoppe Berhad dibuat sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Syariah tetapi dalam masa yang sama selari dengan undang-undang sivil yang terkait dengan harta yang dihibah.

harta masih dalam pinjaman

Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu membuat hibah bagi harta yang masih di dalam pinjaman bank. Satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh membantu masyarakat membuat Hibah harta bercagar.

Harta tidak perlu dipindah milik

Harta tidak perlu dipindah milik kepada penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup. Tiada keperluan untuk pindah milik harta berlaku ketika hidup pemberi hibah.

harta boleh ditarik balik

Hibah yang diberikan kepada anak , cucu , cicit ( keturunan ke bawah ) boleh ditarikbalik pada bila-bila masa tanpa perlu melalui proses penarikan balik  di

Penerima hibah meninggal dahulu

Sekiranya penerima hibah mati terlebih dahulu dari pemberi hibah, hak ke atas harta akan berpindah semula kepada pemberi hibah dan boleh dihibahkan semula kepada pihak lain.

hibah bersyarat

Harta yang dihibah boleh diletakkan syarat contohnya selagi pemberi hibah masih hidup dia masih boleh menikmati manfaat dari harta yang dihibah.

300 kes di Mahkamah tinggi

Format hibah Wasiyyah Shoppe Berhad terbukti berkesan kerana telah mendapat perintah pengesahan hibah sebanyak 300 kes dari Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Semenanjung Malaysia.

Apa jenis harta yang boleh dihibahkan melalui Wasiyyah Shoppe Berhad?

Hibah hartanah

Hibah hartanah bercagar

(masih dalam pinjaman)

Hibah barang kemas / perhiasan berharga

Hibah akaun bersama

( joint account )

Hibah kenderaan

Hibah saham koperasi

Hibah saham amanah

Hibah saham syarikat

Hibah akaun tabung haji

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

Sosial Media

Hubungi Kami

A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125