JAWATANKUASA PENASIHAT

Ustaz Hj. Mohd Ridzuan Bin Awang

Pengerusi Panel Penasihat
Ustaz Hj. Mohd Ridzuan Bin Awang

Pengerusi Panel Penasihat

Mohd Ridzuan Bin Awang dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1950. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sekolah Menengah Maahad Muhammadi (Lelaki) Kota Bharu, Kelantan sehingga tahun 1971. eliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (UM) mulai tahun 1983 hingga tahun 1985 dan memperolehi Ijazah Sarjana Undang-undang Perbandingan (Master of Comparative Law) di bawah penyeliaan Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Mohammed Ibrahim (Dekan, Fakulti Undang-undang ketika itu).

Bidang pengkhususan dan kepakaran beliau adalah undang-undang tanah perbandingan dan undang-undang harta dalam Islam secara perbandingan. Beliau memulakan kerjaya di Jabatan syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah mulai tahun 1985 hingga 1994 dan bekas Prof Madya di Jabatan yang sama mulai tahun 1994 hingga (bersara dari kontrak) tahun 2014. Menyelia pelajar-pelajar pra siswazah dan pasca siswazah di Jabatan Syariah. Penglibatan beliau dalam Jawatankuasa Syariah (Syariah Committee) Peringkat Kebangsaan seperti Public Islamic Bank Berhad (PIBB) mulai tahun 2005 hingga sekarang. Bekas ahli jawatankuasa Syariah di AIA Public Takaful(hingga 2016), Bekas Ahli Jawatankuasa Syariah Amanah Raya Berhad (2007 hingga 2016), bekas Ahli Jawatankuasa Syariah Yayasan Waqaf Malaysia sehingga 2015, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Koperasi Permodalan FELDA (KPF) hingga sekarang, Ahli Jawatankuasa Syariah Sumber Am Baitulmal Wilayah Persekutuan hingga sekarang dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Wasiyyah Shoppe hingga sekarang.

Ustaz Dr. Mohd Zamro Bin Muda

Ahli Panel Penasihat
Ustaz Dr. Mohd Zamro Bin Muda

Ahli Panel Penasihat

Mohd Zamro Bin Muda dilahirkan di Kuala Terengganu pada tahun 1971. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Bukit Payong, Marang Terengganu pada tahun 1984-1988. Pada peringkat seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengajian (Syariah) di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Terengganu pada tahun 1989-1992. Pada tahun berikutnya, beliau ditawarkan untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga tahun 1995 (Kepujian Kelas Satu) dan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) di Fakulti Pengajian Islam, UKM pada tahun 1998-2000. Seterusnya pada tahun 2016, beliau telah menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di UKM pada 26 Disember 1995 sehingga sekarang. Kepakaran beliau adalah dalam bidang undang-undang Pusaka Islam/Perbandingan dan undang-undang harta Islam (Wasiat, Wakaf, Hibah dan Harta Sepencarian). Penglibatan beliau di Wasiyyah Shoppe adalah sebagai panel penasihat sejak tahun 2010 sehingga kini. Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor sejak tahun 1999 hingga kini. Beliau telah dilantik sebagai pakar rujuk bagi penyediaan Manual Pengurusan Model Perundangan Wasiat dan Manual Pengurusan Wang Khairat, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta pakar rujuk Draf Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 2012 dan 2016.
Di samping itu, beliau juga menjadi rujukan agensi-agensi kerajaan, swasta, firma guaman, NGO serta individu perseorangan dalam bidang kepakarannya. Beliau juga banyak terlibat dengan penyelidikan bidang pengkhususan, penulisan artikel dan pembentangan kertas kerja dalam dan luar negara.

Ustazah Dr. Noor Lizza Binti Mohamed Said

Ahli Panel Penasihat
Ustazah Dr. Noor Lizza Binti Mohamed Said

Ahli Panel Penasihat

Noor Lizza binti Mohamed Said merupakan pensyarah kanan di Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelaras Program Pengajian Berterusan Jarak Jauh Fakulti Pengajian Islam. Bidang kepakaran beliau ialah perancangan dan pengurusan harta orang Islam (hibah, wasiat dan pusaka Islam).

Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah & Pengajian Islam dengan kepujian kelas dua atas dari Universiti Mu’tah Jordan, Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) dan Ijazah Doktor Falsafah (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian beliau di peringkat Sarjana adalah berkaitan dengan undang-undang pusaka Islam manakala di peringkat Doktor Falsafah pula adalah berkaitan dengan undang-undang hibah dan wasiat di negara-negara Islam. Dilantik sebagai Panel Syariah Syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad bermula pada tahun 2010 sehingga kini dan menjadi pakar rujuk agensi-agensi kerajaan, swasta, firma guaman, NGO serta individu perseorangan selain dari menjadi pakar jemputan dalam slot rancangan televisyen, radio dan majalah.

Beliau telah dilantik sebagai pakar rujuk bagi penyediaan Manual Pengurusan Model Perundangan Wasiat anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Beliau telah mengetuai beberapa penyelidikan berkaitan hibah dan bergiat aktif dengan penyelidikan berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka orang Islam di Malaysia. Beliau juga aktif dengan penulisan artikel dan pembentangan kertas kerja dalam dan luar negara.

Ustaz Dr. Nasrul Hisyam Bin Nor Muhamad

Ahli Panel Penasihat
Ustaz Dr. Nasrul Hisyam Bin Nor Muhamad

Ahli Panel Penasihat

Nasrul Hisyam Bin Nor Muhamad dilahirkan di Temerloh, Pahang pada tahun 1978. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Jengka pada tahun 1985-1990 dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Jengka dan Sekolah Menengah Agama al-Khairiah, Temerloh pada tahun 1991-1998.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Syariah dan Undang-undang) pada tahun 2002, Ijazah Sarjana (Pentadbiran Zakat dan Baitulmal) pada tahun 2004, dan seterusnya Doktor Falsafah (Undang-undang Sivil Islam/Malaysia) dari Universiti Malaya pada tahun 2010. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di UTM pada 03 April 2006 sehingga sekarang. Kepakaran beliau adalah dalam bidang undang-undang Malaysia (Muamalat, Pengurusan Harta, Undang-undang Wasiat, Hibah dan Waqaf), Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, danU ndang-undang Zakat dan Baitulmal.

Beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan dan penerbitan yang berkaitan bidang tersebut. Penglibatan beliau di Wasiyyah Shoppe adalah sebagai panel penasihat sejak tahun 2015 sehingga kini.

Tuan Hj. Sulaiman Bin Kadimi

Ahli Panel Penasihat
Tuan Hj. Sulaiman Bin Kadimi

Ahli Panel Penasihat

Dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat Johor pada 9hb Ogos 1953, Tn Hj Sulaiman Kadimi berkelulusan B.A Economics (Universiti Malaya) pada tahun 1976 dan D.P.A (Lanjutan) dari universiti yang sama pada tahun 1984.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Kota Bharu Kelantan dari tahun 1976-1977 sebelum kemudiannya bertugas di Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai Pegawai Perangkaan dari tahun 1977-1980. Kerjaya di dalam bidang pengurusan harta pusaka bermula pada tahun 1980 apabila beliau mula bertugas sebagai Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka di Kuala Selangor.

Pada tahun 1985, beliau bertugas di Pejabat Pesaka Kecil Wilayah Persekutuan sebelum bertukar pula ke Pejabat Pesaka Kecil Kuala Pilah dan Seremban sehingga tahun 2000. Kecemerlangannya membawa beliau kepada jawatan Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka Negeri Sembilan dari tahun 2000–2005. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka Negeri Pahang pada tahun 2011.

Pengalaman pengurusan pusaka selama 31 tahun itu kini digunakannya bagi mempercekap dan memantapkan proses pengurusan harta pusaka pelanggan Wasiyyah Shoppe.

Dato’ Seri Dr Md Yusop Che Teh

Ahli Panel Penasihat
Dato’ Seri Dr Md Yusop Che Teh

Ahli Panel Penasihat

Dr. Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani

Ahli Panel Penasihat
Dr. Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani

Ahli Panel Penasihat

funny medical informed consent.