Kausar Group mengungguli Konvensyen Wasiyyah Shoppe Berhad 2019 yang diadakan pada 15hb februari 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA Sepang. Konvensyen ini dianjurkan setiap tahun bagi menghargai perunding Wasiyyah Shoppe yang cemerlang di dalam membantu umat Islam merancang harta dan mengurus pusaka secara syariah mengikut platform yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Majlis turut dirasmikan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Malaysia, Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Hj Mokhtar,  Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Kausar Group yang diterajui oleh Khamarul Azhar Hashim, Suzana Abu Bakar dan Umi Khlsom Yusof mengungguli 9 anugerah utama iaitu Anugerah Kumpulan Terbaik Al Wasitah, Anugerah Kumpulan Terbaik Hibah, Anugerah Kepimpinan Terbaik ( Produktiviti ), Anugerah Kumpulan Terbaik, Anugerah Kumpulan Terbaik ( Lembah Kelang ), Anugerah Hibah Amanah Terbaik, Anugerah Ketua Perunding Eksekutif Terbaik, Anugerah Kumpulan At Tijarah Terbaik dan anugerah utama iaitu Anugerah Khalifah. Ini adalah kali kelima berturut-turut Kausar Group mengungguli Anugerah Khalifah.

Sebanyak 24 Anugerah diberikan di dalam Konvensyen kali ini yang turut dimenangi oleh kumpulan lain seperti Fayiz Al Amin, Khalifah, CP Team, Mahmudah, Kami dan lain-lain. Wasiyyah Shoppe Berhad mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang dan berharap anugerah yang dimenangi akan melonjakkan lagi semangat para perunding untuk terus berdakwah ilmu perwarisan harta kepada umat Islam di Malaysia. They are truly the best of the best.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH.

Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan syarikat amanah patuh syariah pertama di Malaysia yang telah memperkenalkan peluang keusahawanan kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang ini sebagai peluang kerjaya semenjak 2004. Individu yang berminat boleh melawat laman sesawang www.wasiyyahshoppe.com.my