KEPATUHAN SYARIAH

Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak penubuhannya telah berusaha keras membangunkan reputasi sebagai sebagai syarikat amanah patuh syariah terbaik di peringkat Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat ini, perkhidmatan yang diperkenalkan Wasiyyah Shoppe Berhad  kepada masyarakat adalah bersifat ‘research-based’ di mana penyelidikan ilmiah telah dibuat terlebih dahulu ke atas perkhidmatan berkenaan bagi memastikan ia patuh hukum syarak dan boleh berkuatkuasa dari segi undang-undang syariah.   

Bagi menjamin kepatuhan syariah tanpa kompromi, Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad yang terdiri dari 7 orang profesional, berkelayakan dan berpengalaman puluhan tahun dalam bidang fiqh mawarith, diberikan bidang kuasa eksklusif di bawah Terma Rujukan yang telah diluluskan.

Bagi apa-apa urusan berkaitan Syariah, Panel Syariah mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangannya dan keputusan Panel Syariah tidak boleh diubah atau dibatalkan oleh mana-mana pihak di dalam Syarikat termasuk Lembaga Pengarah.

Panel Syariah juga mempunyai kuasa untuk membuat audit syariah bagi memastikan segala keputusannya dilaksana dan dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan. Ini adalah jaminan kepatuhan Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad.

ABOUT US

Our Expertise

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)
A-G-07, Dataran Cascade,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

+603-7625 1123 / 1125
telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my