Takaful, menjamin nasib waris ?

Ramai beranggapan apabila dia telah menamakan penerima  hibah untuk manfaat takafulnya maka semua masalah selesai.

Jika suami meletakkan nama isteri sebagai penerima hibah manfaat takaful, maka dapatlah isteri manfaat takafulnya dan dia boleh laksanakan arahan suami seperti membayar hutang, menebus pusaka bahagian waris lain dan membuat amal jariah sebagai mana diarah suaminya.

Sekali lagi, saya ulangi bahawa arahan suami ini adalah tertakluk kepada persetujuan isteri itu untuk melaksanakannya. Dia tidak mempunyai obligasi undang-undang atau hukum untuk patuh kepada arahan suami.

Apa pula jadi jika manfaat takaful, contohnya RM1 juta telah dikreditkan ke dalam akaun isteri dan tiba-tiba isteri pula meninggal dunia?

Jika anak-anaknya hanya perempuan sahaja dan ibu bapanya telah meninggal dunia lebih awal, maka waris-waris yang berhak ke atas RM1 juta itu ialah anak-anaknya sebanyak dua pertiga bahagian manakala baki satu pertiga bahagian milik adik beradik kepada isteri!

Manfaat

Apa yang saya ingin ketengahkan di sini ialah hibah takaful hanya menjawab persoalan siapa yang berhak ke atas manfaat itu tetapi ia tidak menyelesaikan segala masalah jauh sekali memastikan arahan si suami tadi terlaksana.

Jadi , bagaimana caranya kita ingin memastikan manfaat  takaful dapat dimanfaat secara maksimum oleh individu seperti yang kita kehendaki atau digunakan untuk tujuan tertentu seperti membayar hutang, amal jariah dan sebagainya.

Sebenarnya peserta takaful boleh melantik pihak tertentu sebagai pemegang amanah kepada manfaat takaful bagi melaksanakan arahan-arahan tertentu

Peruntukkan ini wujud dlam Seksyen 7 Jadual 10, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, peserta takaful boleh menyerahkan hak manfaat takafulnya kepada mana-mana pihak yang dikehendaki sebagai pemegang amanah. Kemudian peserta boleh menetapkan apa-apa arahan yang dia mahu pemegang amnah tersebut laksanakn.

Kisah abu

Izinkan saya berkongsi kisah Abu yang saya bantu untuk melalui proses ini. Polisi Abu mempunyai perlingdungan RM1 juta. Dia mempunyai seorang isteri Lina yang merupakan suri rumahtangga dan dua anak perempuan, Mira 11 tahun dan Maira 9 tahun. Abu seorang arkitek.

Melalui proses ini, Abu telah menggunakan kuasa di dalam Sekyen 7 untuk menyerahkan  hak (absolute assignment) manfaat polisinya kepada Wasiyyah Shoppe.

Dalam masa yang sama , dia telah menyediakan Surat Ikatan Amanah untuk mengarahkan kami mengagihkan manfaat itu mengikut arahannya. Sebagai syarikat amanah berdaftar, Wasiyyah Shoppe mempunyai bidang kuasa undang-undang untuk melaksanakan tangungjawab ini.

Jika Abu meninggal dunia , RM1 juta manfaat takaful atas arahan Abu akan diagih sesara berkala. Lina mendapat  rm10,000 sebulan sebagai sara hidup manakala anak-anak pula akan menerima rm1,000 setiap sorang yang dibayar melalui ibu mereka.

Menjelang perayaan seperti hari raya atau kejadian tertentu seperti menjelang Disember setiap tahun, sebayak RM3,000 akan dibayar kepada  Lina sebagai perbelanjaan persediaan raya atau sekolah.

Lina juga akan diperuntukkan sebanyak RM500 tambahan setiap bulan daripada dana itu untuk melanggan perkhidmatan kad perubatan takaful bagi dirinya dan anak-anak. Malah , sampai ke tahap membayar bil air, elektrik , cukai tanah dan lain-lain juga ditanggung daripapa dana ini.

Jika Lina pula meninggal dunia dalam keadaan anaknya masih bawah umur, bayaran RM3,000 untuk sara hidup setiap anak akan dibayar  oleh Wasiyyah Shoppe kepada penjaga sah (hadhinah) Mira dan Maira.

Beruntung

Ini mengelakkan risiko dana itu disalahguna atau diseleweng. Selain itu, Abu juga mengarahkan agar dana ini digunakan untuk tujuan amal jariah yang ditetapkan iaitu sumbangan RM500 sebulan kepada Surau al-Naim, berdekatan rumahnya. Semua arahan ini akan dilaksanakan secara professional oleh pemegang amanah.

Sebaiknya, jika Abu ditimpa musibah dan mengalami keilatan kekal pula, pemegang amanah akan menampung perbelanjaan kesihatan Abu dengan membayar secara bulanan kepada seisapa yang menjaga Abu mengikut jumlah yang telah Abu tetapkan dari awalnya.

Jika selepas itu Abu meninggal dunia, maka baki dana itu akan diagihkan pula kepada individu yang ditetapkan Abu. Malah, individu yang menjaga Abu sepanjang dia sakit juga akan dibayar ujrah bulanan. Barulah tidak timbul isu ana-anak terpaksa berhenti kerja dan hilang punca pendapatan kerana menjaga ayah yang sakit.

Takaful amat berguna dan multi fungsi jika dirancang melalui Seksyen 7 itu. Namun, perlulah dipastikan pemegang amanah yang dilantik terdiri daripada syarikat amanah professional yang terikat dengan undang-undang bagi melaksanakan arahan-arahan ditetapkan.

Beruntungnya peserta takaful yang telah merancang penggunaan manfaat takafulnya melalui Seksyen 7 ini.

Waalahua’lam.