SIAPA WASIYYAH SHOPPE BERHAD

SEJARAH WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad ditubuhkan pada 5hb Mei 2004. Mula beroperasi dari pejabat di tingkat 42 Menara 2 KLCC. Objektif penubuhan syarikat semenjak awal penubuhan ialah untuk memperkenalkan kaedah perancangan harta secara Syariah kepada umat Islam Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi pertama yang telah secara sistematik dan agresif memperkenalkan kaedah hibah pada 2004. Dengan bimbingan ahli Lembaga Pengarah profesional yang berpengalaman luas di dalam dunia korporat,  Panel Syariah berpengetahuan tinggi di dalam fiqh mawarith dan pengurusan yang muda dan dinamik, Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini memegang reputasi sebagai syarikat amanah patuh syariah yang menawarkan produk dan perkhidmatan paling komprehensif dan diyakini di Malaysia.

Visi wasiyyah shoppe

Untuk menjadi Syarikat Amanah Patuh Syariah yang menawarkan pewarisan komprehensif secara digital di peringkat Global

misi wasiyyah shoppe

  • Menawarkan solusi Pewarisan harta umat Islam patuh Syariah yang inovatif dan komprehensif
  • Mentransformasi industri Pewarisan melalui pembinaan modal insan yang berkualiti
  • Membina jenama yang berintegriti dan dikenali di peringkat antarabangsa

TENTANG KAMI

Kepakaran Kami

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)
A-G-07, Dataran Cascade,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

+603-7625 1123 / 1125
telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my