OBJEKTIF PENUBUHAN

1) Berdakwah kepada masyarakat Islam menegakkan Sunnah Rasulullah SAW melalui instrumen perancangan harta dan pengurusan harta pusaka secara Syariah. misoprostol sale.

2) Mewujudkan satu platform bagi umat Islam merancang harta dan mengurus harta pusaka mereka secara efektif dan cekap melalui kaedah Syariah sepenuhnya.

3) Mendaulatkan kaedah perancangan harta dan pengurusan harta pusaka secara Syariah dengan penggunaan maksima instrumen-instrumen Syariah seperti Dokumen Hibah, Dokumen Wasiat Islam, Dokumen Harta Sepencarian, Dokumen Amanah dan Dokumen Waqaf.

4) Memelihara keharmonian dan kerukunan institusi kekeluargaan dengan penekanan kepada perhubungan silaturrahim waris selepas kematian pelanggan.

5) Meringankan beban waris dengan membantu mereka melalui proses tuntutan harta pusaka dengan cepat dan pada kos yang paling minima.

6) Mewujudkan satu peluang keusahawanan baru yang inovatif dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penggeraknya.