NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dengan memberikan persetujuan anda secara bertulis, anda membenarkan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB)  yang diberi kuasa memproses data peribadi berikut seperti yang diberikan oleh anda, yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada data peribadi yang: –

  • Anda berikan dalam borang-borang (secara fizikal dan/atau elektronik) dan dokumen sokongan yang anda telah atau perlu isi / kemukakan bagi tujuan dan berkenaan dengan pembelian anda, atau permohonan untuk membeli produk kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana produk WSB, dan/atau perkhidmatan yang berkenaan (Produk dan/atau Perkhidmatan);
  • Diperolehi daripada komunikasi anda dengan WSB melalui pelbagai cara termasuk e-mel, media sosial dan surat, panggilan telefon dan perbualan anda dengan kakitangan WSB dan/atau ejen-ejen kami yang diberi kuasa;
  • Diperolehi daripada pertanyaan atau permintaan anda kepada WSB melalui WSB atau laman web WSB;
  • Anda berikan dalam penyertaan anda di dalam mana-mana kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar untuk mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh WSB;
  • Anda berikan apabila anda menyertai atau menghadiri mana-mana program atau kempen yang dianjurkan oleh WSB melalui borang-borang maklum balas atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan; dan·
  • Diperolehi daripada domain awam dan pihak ketiga (jika berkenaan) seperti majikan, penjamin dan/atau bakal penjamin dan wakil perundangan anda, badan-badan berkanun, agensi kerajaan, biro-biro kredit atau agensi-agensi kredit yang menyediakan maklumat kredit atau maklumat lain, syarikat-syarikat yang berkaitan dan bersekutu dengan WSB, pembekal-pembekal perkhidmatan, rakan strategik perniagaan, mana-mana badan, agensi atau rakan kongsi lain yang berkaitan dengan Produk dan/atau Perkhidmatan kami dan/atau mana-mana pihak ketiga lain yang berkenaan,

yang mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada data peribadi yang berikut:

  • Identiti anda (termasuk nama, nombor kad pengenalan / paspot, butir-butir kelahiran, kewarganegaraan dan tandatangan anda);
  • Maklumat perhubungan anda (termasuk nombor telefon, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan nombor faks anda);
  • Latar belakang anda (termasuk maklumat pekerjaan anda);
  • Maklumat kewangan anda (termasuk pendapatan, nombor bank akaun, komitmen kewangan dan maklumat kredit anda); dan
  • Apa-apa data yang berkaitan dengan pembelian dan penggunaan anda mengenai Produk dan/atau Perkhidmatan.

 

Tujuan Pemprosesan

Tujuan data peribadi anda dikumpulkan dan diproses adalah berbeza dan terdiri daripada semua atau mana-mana satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut bergantung kepada jenis dan status hubungan anda dengan WSB: –

  • Penilaian dan pemprosesan permohonan anda, termasuk untuk mengesahkan kelayakan anda untuk membeli atau mendapatkan Produk dan/atau Perkhidmatan yang tertentu dan juga untuk menawarkan anda dengan tawaran dan pengalaman yang dipertingkatkan;
  • Penyediaan dan penyempurnaan dokumen dan/atau surat cara yang berkaitan dengan Produk dan/atau Perkhidmatan kami;
  • Membantu dalam urusan anda dengan organisasi lain yang berhubung dengan pemberian / pelaksanaan dan keperluan Produk dan/atau Perkhidmatan kami;
  • Tujuan pengesahan dan sekuriti;
  • Menjawab sebarang pertanyaan dan aduan;
  • Tujuan penyelidikan pemasaran dan pembangunan bagi meningkatkan Produk dan/atau Perkhidmatan kami melalui jaminan kualiti dan aktiviti penambahbaikan;
  • Semakan dan fungsi dalaman termasuk analisa berstatistik dan permodelan, laporan, pematuhan, audit dan penilaian risiko, pengurusan dan pengawasan;
  • Menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah diaggregat dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai seorang individu;
  • Tujuan kewangan, termasuk perakaunan dan percukaian;
  • Tujuan hubungan dan komunikasi;
  • Tujuan laporan pengurusan;
  • mematuhi keperluan perundangan dan perkanunan;
  • Menyiasat sebarang aduan dan urusniaga yang disyaki mencurigakan;
  • Pencegahan dan pengesanan jenayah;
  • Melindungi atau mempertahankan hak-hak kami termasuk untuk memperolehi apa-apa hutang yang terhutang kepada kami;
  • Tujuan pentadbiran dan pengurusan am; dan
  • Semua tujuan yang berkaitan dan bersampingan dengan tujuan-tujuan di atas.

Di mana anda telah bersetuju, kami juga akan menggunakan data peribadi anda untuk berhubung dengan anda mengenai promosi dan acara-acara:

  • Berkaitan dengan Produk dan/atau Perkhidmatan baru WSB dan/atau WSB;
  • Dari WSB dan/atau WSB; dan
  • Mengenai perkhidmatan dan/atau produk pihak ketiga yang kami rasa mungkin menarik minat anda.

Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda digunakan untuk komunikasi tersebut, atau jika anda menukar fikiran berkenaan dengan persetujuan yang anda telah berikan mengenai perkara ini, sila hubungi:

  • WSB berkenaan yang berurusniaga dengan anda atau anda ingin berurusniaga. Maklumat perhubungan WSB boleh diperolehi dari laman web WSB: wasiyyahshoppe.com.my; atau
  • Pegawai Data Peribadi WSB atau Pusat Kepuasan Pelanggan (Customer Satisfaction Centre) kami di 03-76251123.

Arahan bertulis anda yang terbaharu akan terpakai.

Kami memerlukan maklumat tersebut. Sekiranya anda tidak memberikan dan/atau membenarkan kami memproses semua maklumat wajib seperti yang diminta, kami tidak dapat menyimpan rekod yang lengkap mengenai anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

 

Penzahiran maklumat

WSB dan/atau WSB mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk yang berada di dalam dan di luar negara):

  • Ejen, kontraktor, vendor dan pembekal-pembekal perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan profesional, kewangan dan/atau pembekal perkhidmatan pembayaran) yang menyediakan perkhidmatan termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan pemprosesan data yang berkaitan dengan tujuan-tujuan di atas;
  • Ejen dan penasihat anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana individu yang telah diberitahu dan dinotifikasi oleh anda;
  • Agensi kerajaan / badan berkanun / pihak berkuasa;
  • Rakan kongsi perniagaan WSB dan/atau WSB dan/atau institusi kewangan yang berkaitan dengan mana-mana Produk dan/atau Perkhidmatan dan/atau atau mana-mana transaksi yang anda jalankan atau merupakan subjek kepada sesuatu transaksi;
  • Pemegang serah hak atau bakal pemegang serah hak WSB dan/atau WSB, dan pemeroleh atau bakal pemeroleh WSB dan/atau WSB;
  • Mana-mana individu di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk memastikan data tersebut dirahsiakan;
  • Syarikat-syarikat yang berkaitan dan bersekutu dengan WSB; dan
  • Pihak-pihak lain, yang anda telah memberikan persetujuan untuk menzahirkan data peribadi anda kepada mereka.

Kami mungkin akan mendedahkan data peribadi (di dalam dan di luar Malaysia) secara suci hati, (i) untuk mematuhi keperluan kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, dan mana-mana pihak berkuasa di mana WSB dan/atau WSB tertakluk atau apa-apa perintah mahkamah; (ii) seperti yang diperlukan atau relevan kepada apa-apa proses perundangan; atau (iii) jika diperlukan atau dikuatkuasakan oleh undang-undang.

 

Akses, pembetulan dan aduan

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses atau membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi, anda boleh menghubungi :

  • WSB berkenaan yang berurusniaga dengan anda atau anda ingin berurusniaga. Maklumat perhubungan WSB boleh diperolehi dari laman web WSB: www.wasiyyahshoppe.com.my; atau
  • Pegawai Data Peribadi WSB atau Pusat Kepuasan Pelanggan (Customer Satisfaction Centre) kami di 03-76251123

Untuk keterangan lanjut mengenai cara WSB memproses maklumat peribadi anda, sila layari laman sesawang kami wasiyyahshoppe.com.my dan baca Notis Perlindungan Data Peribadi.

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

Sosial Media

Hubungi Kami

A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125

E-mel: telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my