PELUANG BERDAKWAH

PELUANG BERDAKWAH SAMBIL BERMUAMMALAT.

Wasiyyah Shoppe Berhad mempelawa sesiapa sahaja individu beragama Islam yang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga DAIE PROFESIONAL nya. Tiada kelayakan tertentu ditetapkan untuk bersama-sama kami kecuali minat yang mendalam untuk membantu umat Islam.

Namun Perunding Kewangan seperti Perunding Takaful, saham amanah dan hartanah pastinya mempunyai kelebihan untuk membawa produk Wasiyyah Shoppe ke dalam masyarakat.

Permintaan untuk produk perancangan harta Wasiyyah Shoppe Berhad semakin meningkat di seluruh Malaysia sehingga ke tahap tak menang tangan ! DAIE PROFESIONAL akan diberikan latihan mantap dan tersusun mengenai :

  • Ilmu-ilmu berkaitan pewarisan harta pusaka Islam ; Hukum dan undang-undang Syarak berkaitan Faraid, Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian, Amanah.
  • Ilmu berkenaan kaedah dan strategi pemasaran produk dan perkhidmatan.
  • Akses ke dalam sistem e-mawarith , sistem proprietori Wasiyyah Shoppe Berhad.

Ada antara DAIE Wasiyyah Shoppe yang berpendapatan enam angka setahun namun matlamat Wasiyyah Shoppe bukan sahaja untuk memberi peluang memperoleh pendapatan , namun lebih penting lagi ialah untuk berdakwah dan membantu masyarakat di  dalam perancangan harta mereka mengikut kaedah Syarak. Marilah  bersama-sama kami di dalam perjuangan ini .

 

Sila hubungi mana-mana Ketua Perunding kami di dalam laman web ini  atau hubungi Azizan / Azira di 03-7625 1123.