SOALAN LAZIM
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENANGGUHAN BAYARAN BULANAN COVID-19 INI ?

Penangguhan bayaran ini dikhususkan kepada mereka yang memerlukan penangguhan ke atas produk al-Wasitah (tahunan dan bulanan) atau ansuran bulanan produk perancangan.

ADAKAH WASIYYAH SHOPPE BERHAD TERTAKLUK KEPADA ARAHAN KERAJAAN DI BAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI ?

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai syarikat amanah patuh syariah dalam perancangan harta & pengurusan pusaka tidak tertakluk sebagai bank atau pembekal kredit di bawah tindakan Bank Negara Malaysia untuk Pakej Rangsangan Ekonomi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27hb Mac 2020, di mana institusi perbankan menawarkan moratorium bayaran pinjaman selama enam (6) bulan, manakala syarikat insurans dan takaful keluarga menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga (3) bulan bagi pencarum yang pendapatannya terjejas akibat wabak ini.

ADAKAH WASIYYAH SHOPPE BERHAD AKAN MEMBERI PENANGGUHAN BAYARAN PERHIDMATAN WASIYYAH SHOPPE?

Di atas dasar prihatin dengan keadaan ekonomi sekarang, Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan garis panduan penangguhan bayaran sekiranya pelanggan BERHASRAT untuk berbuat demikian. Penangguhan ini TIDAK DIBERIKAN SECARA OTOMATIK sebaliknya hanya diberi kepada pelanggan yang memohon sahaja dan tertakluk kepada kelulusan pihak Wasiyyah Shoppe Berhad.

SIAPAKAH YANG layak DIBERIKAN PENANGGUHAN BAYARAN ansuran COVID-19 INI?

Pelanggan yang terjejas dengan situasi ekonomi pada musim Covid19 dan pelanggan yang secara langsung telah disahkan menghidap Covid-19.

APAKAH BAYARAN PERKHIDMATAN YANG BOLEH DITANGGUHKAN?

Bayaran bulanan atau tahunan untuk perkhidmatan pengurusan pusaka Al-Wasitah dan bayaran ansuran bulanan untuk perkhidmatan perancangan harta .

BAGAIMANAKAH UNTUK MEMOHON PENANGGUHAN BAYARAN ansuran COVID-19?

Permohonan boleh dibuat kepada Wasiyyah Shoppe Berhad pada bila-bila masa bermula dari sekarang sehingga 31hb Julai 2020. Langkah-langkahnya ialah:

i ) Pelanggan perlu membuat permohonan bertulis yang diemel kepada telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my

ii ) Permohonan penangguhan ini hendaklah disertakan dengan dokumen laporan perubatan yang mengesahkan peserta positif Covid19

ATAU

iii) Surat majikan yang membuktikan pemberhentian pekerjaan oleh majikan atau penguatkuasaan cuti tanpa gaji

ATAU

iv) Surat penutupan perniagaan.

ATAU

v) Penyata kewangan Syarikat yang menunjukkan penurunan pendapatan.

SEKIRANYA PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN DILULUSKAN, BILAKAH PENANGGUHAN BAYARAN AKAN BERKUATKUASA?

Permohonan boleh dibuat kepada Wasiyyah Shoppe Berhad pada bila-bila masa bermula dari sekarang sehingga 31hb Julai 2020.

Penangguhan ini adalah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan diberikan. Sekiranya permohonan penangguhan diluluskan, tempoh bayaran ansuran pelanggan akan dianjakkan ke 3 bulan dari tempoh asal.

APAKAH SAYA MASIH MENIKMATI MANFAAT YANG DIKONTRAKKAN JIKA SAYA MENINGGAL DUNIA DALAM KEADAAN PENANGGUHAN BAYARAN INI ?

I ) PELANGGAN AL-WASITAH.

Sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan di dalam tempoh penangguhan bayaran, waris tidak akan mendapat perkhidmatan yang dinyatakan di dalam terma dan syarat kecuali perkhidmatan pembacaan khutbah pusaka sahaja. Sekiranya waris masih berminat untuk mendapatkan perkhidmatan lain seperti dinyatakan di dalam terma dan syarat, waris perlu membayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh Syarikat.

Walaupun demikian, Syarikat bersetuju untuk memberikan diskaun SEHINGGA 50% dari kadar yang ditetapkan untuk waris bagi perkhidmatan tersebut. Diskaun tertakluk kepada kategori pengurusan harta Pusaka Kecil atau Pusaka Besar

II) PELANGGAN BAYARAN ANSURAN PERKHIDMATAN PERANCANGAN HARTA.

Sekiranya berlaku kematian bagi pelanggan yang membayar secara ansuran untuk perkhidmatan perancangan harta, Syarikat tidak akan memberikan sebarang perkhidmatan kepada waris seperti mengikut terma dan syarat sehinggalah waris menyelesaikan baki ansuran yang masih tertunggak. Ini kerana baki ansuran tertunggak adalah dianggap hutang simati yang perlu dijelaskan.

Walaupun demikian, Syarikat bersetuju untuk memberikan diskaun 50% dari baki yang belum dibayar pelanggan sekiranya waris membayar secara penuh (lump sum) baki tunggakan tersebut. Hanya apabila baki ini dibayar, Syarikat akan menjalankan tanggungjawab untuk menyelesaikan kes perancangan harta tersebut dengan lancar setelah kesemua baki dijelaskan. Penyelesaian kes perancangan adalah tertakluk kepada perkhidmatan perancangan yang telah diambil oleh pelanggan.

BAGAIMANAKAH APLIKASI DISKAUN YANG DIBERIKAN?

Aplikasi diskaun 50% di atas hanya boleh diaplikasi dalam keadaan pelanggan meninggal dunia di dalam tempoh penangguhan bayaran ansuran yang telah diluluskan oleh Syarikat sahaja.

Sekiranya pelanggan tidak mendapat kelulusan Syarikat bagi penangguhan tetapi tidak membayar dan meninggal dunia, maka perkhidmatan mengikut terma dan syarat tidak akan diberikan kepada waris.

ANDA MEMPUNYAI

PERSOALAN YANG LAIN ?

SILA KLIK DISEBELAH 

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

TENTANG KAMI

Kepakaran Kami

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)

A-G-07, Dataran Cascade,

No. 13A, Jalan PJU 5/1,

Kota Damansara PJU 5,

47810 Petaling Jaya, Selangor. 

+603-7625 1123 / 1125

telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my