PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA AL WASITAH
Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya syarikat amanah yang boleh membantu waris pelanggan melalui semua proses tuntutan harta pusaka secara PERCUMA. Waris tidak akan dikenakan apa-apa caj dan harta pusaka tidak akan dipotong walau satu sen pun. Harta pusaka juga akan diterima terus oleh waris-waris.
Manfaat ini akan dinikmati oleh waris kepada pelanggan yang melanggan perkhidmatan pengurusan harta pusaka Al Wasitah.

WARIS TIDAK FAHAM HUKUM
Waris tidak mengetahui tentang hukum-hukum berkaitan harta pusaka ; siapa yang layak terima dan berapa bahagian mereka, tuntutan hutang ke atas harta pusaka. Ini menyebabkan timbul perselisihan di antara waris yang menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas.

WARIS TIDAK TAHU PROSES
Biasa berlaku di mana waris tidak tahu apa proses yang perlu dilalui, di mana ingin bermula, apa borang yang perlu diisi, apa dokumentasi yang perlu dilampirkan, apa proses yang perlu dilalui. Waris juga tidak faham bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad.

WARIS TIADA MASA
Untuk melalui proses perundangan di atas , waris tiada masa kerana mereka perlu berurusan dengan agensi – agensi di atas pada hari dan waktu bekerja. Ini menyebabkan ada waris yang tepaksa mengambil cuti bagi menguruskan urusan pusaka dan ini membebankan waris.

PENGURUSAN PUSAKA YANG MAHAL DAN MEMBEBANKAN
Solusi perkhidmatan yang diberikan
Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka AL WASITAH untuk rakyat Malaysia.
Dengan bayaran semurah RM 1.67* sehari, perkhidmatan ini memberikan manfaat kepada pelanggan semasa hidup dan manfaat kepada waris selepas kematian pelanggan.
Perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan AL WASITAH semasa hidup

Penyediaan Dokumen Perlantikan Wasi

Penyediaan Wasiat 1/3

Perkhidmatan perubahan dokumen

Perkhidmatan penyimpanan selamat (safekeeping) dokumen
Perkhidmatan kepada waris selepas kematian pelanggan
Khidmat rundingcara peribadi kepada waris
Perkhidmatan melengkapkan semua dokumentasi
Perkhidmatan mengiringi waris ketika perbicaraan
Perlantikan peguam bagi kes di Mahkamah Tinggi Sivil
Membantu waris melalui semua proses
Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh membantu waris menerima harta pusaka dengan CEPAT, MUDAH DAN TANPA WARIS PERLU MEMBAYAR FI KAMI.
*tertakluk kepada terma dan syarat
Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang
PAUTAN
TENTANG KAMI
WASIYYAH SHOPPE BERHAD
Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)
A-G-07, Dataran Cascade,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
+603-7625 1123 / 1125
telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my