PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Semenjak 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad telah melalui perjalanan yang panjang penuh berliku di dalam memperkenalkan kaedah perancangan harta secara Syariah kepada umat Islam di Malaysia. Kami mempelopori bidang yang hampir tidak wujud sama sekali dan tidak dipandang masyarakat ketika itu. Alhamdulillah berkat doa dan sokongan dari banyak pihak, kerja keras yang telah dilalui oleh pihak Lembaga Pengarah, Panel Syariah, pengurusan, kakitangan dan perunding-perunding dan pastinya dengan izin Allah SWT, hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad muncul sebagai peneraju di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka bagi orang Islam di Malaysia.

Kami sangat fokus kepada membangunkan solusi perancangan harta secara Syariah yang inovatif namun masih di dalam ruang lingkup Hukum Syarak. Sehingga hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai 35 jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada umat Islam yang menjadikan kami sebagai organisasi yang menawarkan perkhidmatan paling komprehensif dalam urusan perancangan harta di Malaysia.

Bagi memastikan tiada kompromi dari segi kepatuhan Syariah, sebelum diperkenalkan kepada masyarakat, perkhidmatan kami menjalani lima proses saringan ketat dari peringkat penyelidikan ilmiah, Jawatankuasa Teknikal Syariah, Panel Syariah, Muzakarah bersama pakar-pakar industri sebelum akhirnya diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Wasiyyah Shoppe Berhad juga mengamalkan tadbirurus korporat terbaik ( best practice ) dengan pengasingan kuasa dan terma rujukan jelas di antara Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan Risiko, Jawatankuasa Pelaburan dan Amanah, Panel Syariah, Jawatankuasa Teknikal Syariah dan pengurusan kanan Syarikat.

Segala usaha yang dilakukan ini adalah untuk menjamin bahawa pelanggan kami mendapat perkhidmatan terbaik di dalam jangka panjang. Wasiyyah Shoppe Berhad percaya bahawa apa yang kami lakukan ini bukanlah sekadar satu usaha bisnes semata-mata malah lebih besar dari itu ialah satu ibadat fardhu kifayah yang kami memegang amanah dan akan dipertanggungjawabkan ke atasnya di akhirat kelak.

In Shaa Allah, Wasiyyah Shoppe Berhad akan terus berjuang mendaulatkan kaedah perancangan harta secara Syariah dan komited kepada usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada umat Islam di Malaysia.

 

Ariffin Sabirin

Ketua Pegawai Eksekutif

Sosial Media

Hubungi Kami

A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125

E-mel: telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my