PEWARISAN PERNIAGAAN

Masalah yang wujud

saham syarikat yang dimiliki pemegang saham juga merupakan harta pusaka apabila pemegang saham itu meninggal dunia.Oleh itu waris-waris yang sah mengikut Hukum Faraid mempunyai hak ke atas saham syarikat yang ditinggalkan.Ini menyukarkan pemegang saham lain yang masih hidup untuk berurusan dengan waris-waris si mati yang ramai seterusnya syarikat perlu dibubarkan bagi membayar nilai hak waris ke atas saham syarikat.

struktur faraid melibatkan ibubapa dan adik beradik

Cabarannya ialah jika struktur faraid pemegang saham itu melibatkan ibubapa atau adik beradiknya, pemilikan saham akan menjadi isu besar

perbalahan di antara waris

Biasa berlaku perbalahan di antara waris-waris untuk merebut hak saham syarikat seterusnya hak untuk menguasai perniagaan dan asetnya

proses turun milik yang lama

Perbalahan ini akan menyebabkan proses turun milik saham terjejas dan memakan masa yang panjang.

prestasi perniagaan akan terjejas

Kesannya prestasi perniagaan akan terjejas dan akhirnya mungkin ditutup selepas operasi terjejas.

perniagaan musnah

Umat Islam rugi bila keadaan ini berlaku kerana ia mengambil masa dan usaha keras puluhan tahun untuk membangunkan perniagaan tetapi ia musnah begitu sahaja akibat perbalahan waris.

Memerlukan nasihat bagaimana anda boleh merancang harta anda mengikut kaedah Syariah ?

Solusi perkhidmatan yang diberikan

Wasiyyah Shoppe Berhad membantu pemegang saham ( shareholder) mendepani isu pewarisan perniagaan melalui perkhidmatan
AT TIJARAH.

Manfaat perkhidmatan ini ialah

Ditetapkan dari awal

Pemegang saham boleh menetapkan dari awal siapakah di antara warisnya yang paling layak untuk mewarisi saham yang dimilikinya di dalam syarikat.

peneraju perniagaan

Pemegang saham boleh menetapkan siapakah yang bakal menerajui perniagaan seperti Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif.

limit of authority

Pemegang saham boleh menentukan limit of authority ( LOA ) perniagaan dan siapa yang bertanggungjawab untuk mengawal pembayaran perniagaan serta parameternya. .

Operasi syarikat

Pemegang saham boleh menentukan bagaimana perniagaan beroperasi.

PEWARIS SAHAM

Pemegang saham boleh menetapkan bahawa pewaris sahamnya tetap menyalurkan manfaat dari perniagaan seperti dividen kepada sesiapa yang dikehendaki pemegang saham.

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

Sosial Media

Hubungi Kami

A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125