POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH

1.0 OBJEKTIF
Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) mengamalkan Polisi Tidak Menerima Hadiah “No Gift Policy”. Warga kerja WSB dan Pengurusan Tertinggi, ahli-ahli keluarga atau perunding yang bertindak bagi warga pengurusan tertinggi atau ahli keluarga mereka adalah dilarang daripada, secara langsung atau tidak langsung menerima atau memberi hadiah.

Konflik kepentingan timbul dalam situasi di mana ada pihak – pihak yang mengambil kesempatan atas peranan mereka di WSB untuk kepentingan peribadi, termasuk faedah untuk keluarga, isi rumah dan rakan-rakan. Ini akan menjejaskan kredibiliti, kesetiaan, ketekunan dan integriti warga WSB, Pengurusan Tertingginya serta perunding dalam menjalaskan tugasan mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab warga WSB dan Pengurusan Tertinggi untuk memaklumkan pihak luar yang berurusan dalam apa-apa transaksi urusniaga dengan WSB bahawa WSB mengamalkan Polisi Tidak Menerima Hadiah dan untuk meminta memahami serta mematuhi polisi tersebut.

2.0 DEFINISI
2.1 Hadiah termasuklah:

  • Wang tunai
  • Harta alih dan harta tak alih
  • Kenderaan
  • Tambang percuma
  • Saham
  • Kemudahan perjalanan
  • Hiburan
  • Perkhidmatan dan keahlian kelab mewah berprestij, pusat – pusat Keahlian kehormat serta sebarang bentuk diskaun / komisen.
  • Hamper, barang kemas, perhiasan atau barangan lain.
  • Sebarang pemberian cenderamata atau benda yang bernilai

2.2 Kakitangan, Pengurusan Tertinggi dan Perunding
Semua kakitangan, Pengurusan Tertinggi dan Perunding yang dilantik secara rasmi oleh WSB adalah tertakluk kepada polisi ini sepanjang tempoh perkhidmatannya dan
termasuk pihak – pihak yang berurusan dengan WSB.

2.3 Orang – Orang Lain
Merujuk kepada:

  • Isteri / suami;
  • Ibubapa kandung dan ibubapa mertua;
  • Anak-anak termasuk anak angkat yang sah; dan
  • Mana-mana orang lain bagi pihaknya.

3.0 LARANGAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH
3.1 Kakitangan, Pengurusan Tertinggi dan Perunding WSB dilarang daripada menerima dan memberi apa – apa hadiah daripada kontraktor, vendor, pembekal, rakan niaga serta
sumbangan sekiranya berkaitan perlaksanaan tugasan rasmi.

3.2 Penerimaan hadiah oleh Kakitangan, Pengurusan Tertinggi dan Perunding WSB boleh menimbulkan persepsi negatif yang boleh menjejaskan kredibiliti dan itegriti. WSB
komited melaksanakan pematuhan Polisi Tidak Menerima Hadiah yang melarang Kakitangan, Pengurusan Tertinggi dan Perunding terlibat dalam pemberian dan penerimaan sebarang bentuk hadiah daripada orang atau pihak yang mempunyai hubungan kerja, urusan rasmi atau kepentingan dengan WSB.

4.0 PENERIMAAN BERDIPLOMASI
4.1 Dalam keadaan di mana kakitangan, pengurusan tertinggi atau perunding WSB terpaksa menerima hadiah atas dasar budaya tertentu atau situasi di mana pemberian hadiah
merupakan sebahagian daripada etika perniagaan atau bagi mengelak daripada mengaibkan pihak pemberi atau boleh menyebabkan hubungan diplomasi terjejas antara
kedua-dua pihak, maka dalam keadaan-keadaan tersebut penerimaan hadiah hendaklah direkodkan dalam buku daftar penerimaan hadiah melalui borang tertentu untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif, yang kemudiannya akan membuat keputusan samada untuk meluluskan penerimaan tersebut atau mengarahkan
untuk memulangkannya.

4.2 Dalam keadaan di mana penolakkan hadiah boleh dilihat sebagai tidak menghormati pihak luar, namun sekiranya terdapat situasi konflik kepentingan adalah jelas bahawa Ketua Jabatan tidak boleh meluluskan penerimaan hadiah tersebut. Dalam situasi ini, hadiah tersebut hendaklah dipulangkan secara sopan dengan menjelaskan mengenai Polisi Tidak Menerima Hadiah WSB.

4.3 Manakala dalam keadaan Ketua Jabatan meluluskan penerimaan hadiah tersebut, Ketua Jabatan hendaklah memastikan samada:
4.3.1 mendermakan hadiah tersebut kepada badan amal; atau

4.3.2 menyimpannya untuk pameran di pejabat; atau

4.3.3 berkongsi sesama kakitangan WSB; atau

4.4.4 membenarkan kakitangan, pengurusan tertinggi dan perunding yang menerima menyimpannya.

5.0 PENGECUALIAN TERHADAP POLISI TIDAK MENERIMA HADIAH
5.1 Walaupun pada amnya WSB mengamalkan Polisi Tidak Menerima Hadiah. Terdapat beberapa pengecualian terhadap peraturan am tersebut di mana penerimaan adalah dibenarkan sebagaimana situasi-situasi berikut:

5.1.1 Pertukaran hadiah adalah antara WSB dan Syarikat – Syarikat lain (hadiah yang ditukar di antara Syarikat sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi/ kunjungan hormat yang mana hadiah itu kemudiannya dikategorikan sebagai harta WSB);

5.1.2 Hadiah daripada WSB kepada institusi luar atau individu-individu berkaitan fungsi rasmi WSB, majlis-majlis dan keraian (cenderahati, cenderamata yang diberikan kepada semua tetamu yang menghadiri majlis tersebut);

5.1.3 Hadiah daripada WSB kepada kakitangan, perunding dan pengarah dan/atau ahli keluarga mereka berkaitan dengan fungsi WSB yang telah dikenali samada dalaman atau luaran, majlis atau keraian (sebagai pengiktirafan terhadap khidmat warga-warga/ pengarah-pengarah);

5.1.4 Hadiah token yang bernilai nominal biasanya mempunyai logo WSB seperti kemeja-T, pen, diari, calendar, pemacu USB dan lain-lain barangan promosi) yang diberikan secara saksama kepada orang awam, delegasi, pelanggan, rakan niaga dan pemegang taruh utama yang menghadiri majlis-majlis seperti persidangan, pameran, latihan dan lain-lain;

5.1.5 Hadiah kepada pihak luaran yang tidak mempunyai transaksi urusniaga dengan WSB (hadiah kewangan atau hadiah seumpamanya kepada badan amal); dan

5.1.6 Hadiah wang tunai sekiranya kakitangan atau perunding menghadiri atau dijemput untuk memberi taklimat berkenaan urusan perniagaan WSB. Wang tunai ini hendaklah tidak melebihi RM500, jika melebihi jumlah yang ditetapkan, kakitangan atau perunding hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif WSB dengan kadar segera.

6.0 TINDAKAN / PENALTI
6.1 Mana-mana kakitangan dan perunding yang ingkar atau gagal mematuhi Polisi Tidak Menerima Hadiah ini boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan boleh dikenakan
tindakan di bawah Garis Panduan Kerjaya WSB – Seksyen 10: Kod Etika & Akauntibiliti Professional bagi kakitangan dan Perjanjian Perlesenan Perunding bagi
perunding WSB maka tindakan tatatertib yang sewajarnya boleh dikenakan.

6.2 Mana-mana kontraktor, vendor dan pembekal yang didapati dan dibuktikan telah melanggar polisi ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau mana-mana badan pengawal berkaitan untuk tindakan.

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

ABOUT US

Our Expertise

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)
A-G-07, Dataran Cascade,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

+603-7625 1123 / 1125
telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my