Umat Islam yang kematian ahli keluarga, boleh datang ke Wasiyyah Shoppe Berhad untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka. Wasiyyah Shoppe Berhad akan membantu mereka untuk melalui proses pengurusan harta pusaka yang berkaitan sama ada di

  • Pejabat Pusaka Kecil ( bagi nilai harta pusaka yang kurang dari RM 2 juta dan mempunyai tanah )
  • Mahkamah Tinggi Sivil ( bagi nilai harta pusaka melebihi RM 2 juta )
  • Mahkamah Tinggi Syariah ( bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Tinggi Syariah ).

Waris akan dibantu sehingga Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dikeluarkan ( bagi kes Pejabat Pusaka Kecil ) atau sehingga Geran Probet / Letter of Administration dan Distribution Order dikeluarkan ( bagi kes Mahkamah Tinggi Sivil ).

WARIS BUNTU KERANA TIDAK TAHU PROSES PERUNDANGAN YANG BETUL

Bagi orang Islam di Semenanjung Malaysia, waris perlu melalui kedua-dua proses undang-undang iaitu syariah dan sivil sebelum dapat menerima harta pusaka yang ditinggalkan. Kebanyakan waris buntu kerana tidak tahu apakah proses yang sebenar.

WARIS BIMBANG DIKENAKAN FI YANG MAHAL JIKA MAHU MENGURUSKAN PUSAKA

Fi yang dikenakan untuk pengurusan pusaka boleh mencecah sehingga 5% dari nilai harta pusaka yang ingin dituntut tidak termasuk fi buka fail dan fi rampaian yang lain. Waris bimbang bagaimana dan siapa yang akan menanggung fi ini menyebabkan mereka bertangguh dari menguruskan pusaka.

WARIS TIDAK FAHAM HUKUM FARAID

Majoriti waris tidak faham siapakah yang berhak ke atas harta pusaka mengikut hukum faraid. Ini menyebabkan sering berlaku perbalahan di antara waris akibat berebut hak ke atas harta pusaka.

ANDA PERLUKAN KHIDMAT PAKAR UNTUK MENGURUSKAN PUSAKA ?

SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan perkhidmatan pengurusan pusaka dengan mengenakan caj yang sangat minima berbanding organisasi profesional yang lain di pasaran.

HADIR KE PEJABAT WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Waris boleh menghubungi pejabat dan menetapkan temujanji bersama Pegawai Perundangan kami yang profesional bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pengurusan pusaka secara PERCUMA.

PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA

Fi pengurusan pusaka yang dikenakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad adalah berdasarkan nilai harta si mati samada melebihi atau kurang daripada RM2 juta. Caj kami adalah jauh lebih murah daripada caj organisasi lain kerana kami tidak mengenakan caj mengikut peratusan daripada nilai semasa harta pusaka si mati.

Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang

PAUTAN

Utama

Hubungi Kami

Notis PDPA

TENTANG KAMI

Produk

Kepimpinan

WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad (651 471-T)

A-G-07, Dataran Cascade,

No. 13A, Jalan PJU 5/1,

Kota Damansara PJU 5,

47810 Petaling Jaya, Selangor. 

+603-7625 1123 / 1125

telewasiyyah@wasiyyahshoppe.com.my