APA BEZA PUSAKA & AMANAH

Petang Ini seorang waris tanya, adakah Wasiyyah Shoppe Bhd sebagai “pemegang amanah” bertanggungjawab mengagih harta yang telah kami pegang secara amanah kepada semua waris faraid simati? Ada orang syarikat amanah kata sepatutnya gitu. Tidak adil Wasiyyah Shoppe Berhad “ketepikan” waris2 faraid katanya.

AMANAH ialah harta yang telah diserahmilik melalui kaedah pindahmilik atau kaedah2 lain oleh settlor ( katakanlah namanya Ali ) semasa hidupnya kepada Wasiyyah Shoppe Berhad untuk dipegang secara amanah bagi pihak benefisiari. Contohnya Ali hanya menamakan isteri dia sebagai benefisiari sedangkan Ali ada 5 orang anak yang telah dewasa. Ini bermakna anak2 Ali tiada hak ke atas harta amanah itu kerana mereka bukan benefisiari yang ditetapkan Ali.

Dalam masa sama Ali lantik syarikat amanah ABC sebagai wasi di dalam wasiat. Ini pilihan Ali dan kita pun respect.

Jadi dalam kes Ali, ada Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai pemegang amanah untuk harta amanah tertentu contoh wang tunai dan ada ABC sebagai wasi bagi harta pusaka Ali. Wang tunai yg telah diletak secara amanah ini BUKAN HARTA PUSAKA dan tidak boleh dituntut oleh waris faraid Ali.

Ali mati. Wasiyyah Shoppe Berhad mula bertindak sebagai pemegang amanah kepada isteri Ali dan urus agih wang tunai yg telah diserahkan Ali sebagai akaun amanah itu mengikut terma dan syarat surat ikatan amanah yg telah ditandatangani Ali. Tanggungjawab kami ialah untuk patuh kepada arahan Ali di dalam surat ikatan amanah dan Akta Pemegang Amanah 1949 sahaja.

Wasiyyah Shoppe Berhad TIDAK BERTANGGUNGJAWAB untuk mengagih wang tunai itu kepada anak2 Ali walaupun mereka waris faraid Ali kerana tiada arahan sedemikian dalam surat ikatan amanah Ali. Benefisiari yg berhak kepada wang tunai itu hanyalah isteri sahaja. Sebagai pemegang amanah kami tidak boleh sesuka hati mengagih wang tunai itu kepada sesiapa termasuk waris faraid kerana wang tunai amanah itu BUKAN HARTA PUSAKA !

Yang bertanggungjawab memastikan agihan harta pusaka dibuat dengan adil kepada semua waris faraid Ali iaitu isteri dan 5 anak ialah syarikat amanah ABC yg telah dilantik sebagai WASI.

Bagi HARTA PUSAKA , semua waris berhak mengikut bahagian masing2 iaitu isteri dan 5 anak. Selain wang tunai yg telah diletak secara amanah dengan Wasiyyah Shoppe Berhad, harta2 lain yang tidak dirancang adalah HARTA PUSAKA. Selepas ditolak hutang, bakinya WAJIB diagih kepada waris mengikut hukum faraid kecuali jika mereka bermuafakat atau menolak bahagian mereka.

Jadi jelas ada beza antara AMANAH & PUSAKA.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.