VISI & MISI

VISI KORPORAT

Untuk menjadi organisasi perancangan harta dan pengurusan pusaka patuh Syariah yang utama di Malaysia yang memberikan Perkhidmatan Peribadi (Personalized Service) cemerlang kepada Pelanggan & waris.

MISI KORPORAT

a�? Untuk menjadi organisasi amanah patuh syariah yang utama di Malaysia
a�? Mendidik masyarakat tentang kepentingan perancangan harta & pengurusan pusaka
a�? Menawarkan perkhidmatan perancangan harta dan pengurusan pusaka patuh syariah inovatif paling komprehensif di Malaysia.
a�? Memberikan perkhidmatan peribadi (personalized service) cemerlang kepada pelanggan dan waris.
a�? Membantu waris melalui proses tuntutan harta pusaka dengan pantas pada kos yang paling minima.

NILAI KORPORAT

Bekerja kerana Allah S.W.T
Wasiyyah Shoppe berpegang teguh kepada pendirian bahawa penglibatan kami di dalam industri perancangan harta dan pengurusan harta pusaka secara Syariah pada hari ini adalah sebahagian dari ibadat Fardhu Kifayah. Segala usaha, tenaga dan masa yang dibuat tidak lain hanya semata-mata kerana Allah SWT. Kami yakin dan percaya bahawa Allah SWT akan sentiasa memberkati usaha yang dilakukan oleh hambaNya yang ikhlas dan jujur.

Cekap dan Pantas

Wasiyyah Shoppe akan meneruskan usaha melaksanakan segala urusan pelanggan dengan lebih cekap dan pantas di samping bersaing dengan lebih sihat di pasaran tempatan dan global. Ini adalah jaminan mutu perkhidmatan terbaik yang akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe kepada semua pelanggannya.

Amanah

Wasiyyah Shoppe mengambil pendirian bahawa segala urusan pelanggan adalah amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh komited dan sempurna. Pastinya, Sebagai sebuah organisasi yang beroperasi sepenuhnya mengikut Konsep Syariah, amanah dari pelanggan adalah keutamaan kami.

Telus dan Tepat

Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa semua pelanggan adalah individu yang bijaksana dari aspek membuat pertimbangan terbaik mengenai kemahuan dan keperluan perancangan harta. Bagi membolehkan pelanggan mampu membuat keputusan tepat, maklumat yang telus dan tepat akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe.

Cemerlang dalam Perkhidmatan Pelanggan

Wasiyyah Shoppe percaya dan yakin bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kesetiaan pelanggan ialah dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Wasiyyah Shoppe akan berusaha semaksima mungkin di dalam kapasitinya untuk mencapai matlamat ini.