1

Penyediaan dan Perlaksanaan Dokumen Hibah

Wasiyyah Shoppe Berhad dikenali sebagai pelopor kepada hibah di Malaysia dengan perintah pengesahan hibah yang pertamanya diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar pada 2005. Sehingga hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad telah memperolehi lebih dari 400 perintah pengesahan hibah dari hampir kesemua negeri di dalam Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedia dokumen hibah yang terbanyak dan paling berpengalaman di Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kepakaran menyediakan hibah bagi hartanah, hartanah yang masih di dalam pinjaman bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji.

Harta yang telah sempurna dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Sebaliknya harta yang telah dihibah itu akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.

GOLONGAN-GOLONGAN KRITIKAL
YANG MEMERLUKAN HIBAH

Bermasalah kerana bahagian isteri hanyalah ¼ sahaja mengikut Hukum Faraid manakala bakinya ialah milik ibubapa simati atau adikberadik simati jika bapanya telah meninggal dunia lebih awal. Perbalahan sangat biasa berlaku di antara adikberadik dan pasangan simati.
Ini kerana sekiranya bapa simati telah meninggal dunia lebih awal, harta pusaka menjadi milik ibu ( jika masih ada ), pasangan, anak-anak perempuan dan adik beradik simati.
Anak lelaki mendapat 2 bahagian manakala anak perempuan mendapat 1 bahagian. Ibubapa dalam masa yang sama menyayangi kedua-dua anak lelaki dan perempuan sama rata dan mahukan juga hartanya dibahagikan secara sama rata kepada semua anak-anak.
Jika salah seorang dari peminjam bersama ini meninggal dunia, separuh bahagiannya ke atas rumah tersebut adalah harta pusakanya yang mengikut Hukum Faraidnya waris-waris mempunyai hak. Sekiranya ibubapanya masih hidup ketika itu, maka selain pasangan dan anak-anak, ibubapanya juga mempunyai hak sebanyak 1/6 setiap seorang ke atas rumah tersebut. Jika ibubapanya meninggal dunia selepas itu, 1/6 bahagian setiap ibu atau bapa ini, akan diwarisi pula oleh adik beradik simati. Ini bermakna pasangan, anak-anak dan adik beradik simati akan sama-sama mempunyai hak ke atas rumah tersebut!
Apabila suami mati meninggalkan seorang isteri, jika suami mempunyai anak , bahagian isteri ialah 1/8. Namun jika terdapat 2 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/16 bahagian. Jika terdapat 3 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/24 bahagian dan jika terdapat 4 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/32 bahagian tanpa mengira isteri yang pertama atau keempat.
Ini kerana anak angkat tidak mempunyai hak langsung ke atas harta pusaka ibubapa angkatnya. Ini bermakna semua harta pusaka adalah milik ibubapa simati atau ibu dan adikberadiknya jika bapa telah meninggal dunia lebih awal.​
Hukum Faraid tidak pernah membezakan anak normal dan anak OKU. Ia hanya membezakan anak lelaki dan perempuan sahaja. Anak OKU berkeperluan untuk lebih harta kerana dia tidak mampu memperoleh pendapatan dan menjaga dirinya sehingga ke penghujung hayat.
Seringkali berlaku keadaan di mana suami isteri meninggal dunia serentak akibat kemalangan dan meninggalkan anak-anak di bawah umur 18 tahun. Harta yang berhak ke atas anak-anak ini akan dipegang oleh pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah. Sekiranya pemegang amanah ini menjalankan tanggungjawab dengan baik, anak-anak ini akan terbela. Sekiranya sebaliknya, nasib anak-anak ini akan terjejas.
Rumah dimiliki oleh suami atau isteri. Apabila mereka meninggal dunia maka pasangan yang ditinggalkan perlu menjelaskan baki pinjaman perumahan yang masih tertunggak. Walaupun kebanyakan pinjaman perumahan mempunyai insuran atau takaful MRTA/MRTT, didapati dalam kebanyakan keadaan, baki pinjaman tidak diselesaikan sepenuhnya oleh insuran / takaful ini. Pasangan perlu bertungkus lumus menyelesaikan tunggakan pinjaman dan selepas ia diselesaikan, waris-waris lain seperti ibubapa ( jika hidup ketika peminjam mati ) atau adik beradik ( jika tiada anak lelaki ) tetap mempunyai hak ke atas rumah ini.
Apabila keadaan ini berlaku, sentiasa wujud masalah di antara anak-anak suami dan isteri baru suami. Anak-anak akan sentiasa menganggap bahawa isteri muda ayah mereka hanya berkahwin dengan ayah kerana ingin membolot harta ayah mereka dan sebaliknya.
SOLUSI PERKHIDMATAN
YANG DIBERIKAN
Pasangan ini boleh saling menghibahkan harta masing-masing kepada pasangan. Apabila mati, harta suami menjadi milik isteri sepenuhnya dan juga sebaliknya. Ini menjamin kebajikan pasangan terjaga.
Apabila harta DIHIBAHKAN kepada anak-anak perempuan, ia terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagihkan mengikut hukum faraid. Anak perempuan akan memiliki harta yang DIHIBAH tanpa campurtangan waris-waris lain seperti adikberadik simati.
Ibubapa yang ingin membahagikan hartanya secara sama rata di antara anak lelaki dan anak perempuan boleh menggunakan kaedah HIBAH. Contoh 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan DIHIBAHKAN rumah pada kadar yang sama iaitu ½ bahagian untuk anak lelaki dan ½ bahagian untuk anak perempuan. Hukum faraid tidak akan terpakai sekiranya HIBAH ini telah dibuat ke atas rumah.
Kedua-dua suami dan isteri yang memiliki ½ bahagian dari rumah setiap seorang boleh MENGHIBAHKAN rumah bahagian mereka kepada anak-anak. Contohnya pasangan mempunyai 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan.

Suami boleh MENGHIBAHKAN ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu tidak akan menjadi harta pusaka dan diagih kepada waris mengikut Hukum Faraid, sebaliknya akan dimiliki terus oleh dua anak itu.

Begitu juga isteri MENGHIBAHKAN ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu akan menjadi milik 2 anaknya.

Akhirnya kesemua bahagian rumah itu tidak menjadi harta pusaka sebaliknya dimiliki oleh 2 anak berkenaan.
Suami boleh secara spesifik MENGHIBAHKAN harta-harta yang dikehendakinya kepada isteri pertama atau isteri-isteri yang lain. Kesemua isteri akan menerima harta yang dihibah dan bahagian di dalam Faraid. Suami boleh secara adil MENGHIBAHKAN bahagian yang lebih kepada isteri pertama berbanding isteri lain sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya.
Ibubapa boleh MENGHIBAHKAN hartanya kepada anak-anak OKU ini dan melantik seorang pemegang amanah harta yang dipercayai. Pemegang Amanah ini akan menggunakan harta ini bagi kepentingan anak OKU ini
Sekiranya suami isteri meninggal dunia serentak dan masih mempunyai ibubapa, anak-anak yatim ini akan berkongsi harta pusaka dengan datuk & nenek. Jika datuk & nenek pula meninggal dunia sebelum anak-anak ini berumur 18 tahun, bahagian datuk & nenek akan diwarisi oleh ibu/bapa saudara. Hibah kepada anak2 ini akan menyelesaikan isu pewarisan berlapis yang kompleks.
Melalui kaedah HIBAH, suami yang memiliki rumah yang masih dalam pinjaman boleh MENGHIBAHKAN rumahnya kepada pasangannya. Walaupun ada baki pinjaman tertunggak, pasangan akan dengan rela hati berusaha membayarnya kerana dia tahu rumah itu sudahpun menjadi milikinya.
Suami boleh MENGHIBAHKAN sebahagian hartanya kepada isteri baru dan juga kepada anak-anak. Ini memastikan nasib isteri lebih terjamin kerana dia akan menerima harta yang DIHIBAH dan juga bahagian faraidnya sebanyak 1/8. Anak-anak juga rasa selamat kerana mereka menerima juga harta yang DIHIBAH dan bahagian mengikut faraid. Ini mengelakkan konflik berpanjangan di antara isteri muda dan anak-anak suami.

8 KEISTIMEWAAN HIBAH DI
WASIYYAH SHOPPE BERHAD

FORMAT DILULUSKAN OLEH PANEL SYARIAH

Format diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad yang berpengalaman puluhan tahun sebagai pakar fiqh mawarith, hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan pegawai Pejabat Pusaka Kecil.

PERLAKSANAAN HIBAH

Perlaksanaan Hibah Wasiyyah Shoppe Berhad dibuat sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Syariah tetapi dalam masa yang sama selari dengan undang-undang sivil yang terkait dengan harta yang dihibah.

HARTA MASIH DALAM PINJAMAN

Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu membuat hibah bagi harta yang masih di dalam pinjaman bank. Satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh membantu masyarakat membuat Hibah harta bercagar.

HARTA TIDAK PERLU DIPINDAH MILIK

Harta tidak perlu dipindah milik kepada penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup. Tiada keperluan untuk pindah milik harta berlaku ketika hidup pemberi hibah.

HIBAH BOLEH DITARIK BALIK

Hibah yang diberikan kepada anak, cucu, cicit
( nasab keturunan ) boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

PENERIMA HIBAH MENINGGAL DUNIA

Sekiranya penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu, hak ke atas harta yang dihibah akan dipulangkan semula kepada pemberi hibah.

HIBAH BERSYARAT

Atas persetujuan kedua-dua pihak pemberi dan penerima hibah, hibah boleh diletakkan syarat seperti selagi pemberi masih hidup dia boleh menetap di rumah yang dihibahkan.

400 PERINTAH PENGESAHAN HIBAH

Keberkesanan hibah yang disedia & dilaksanakan Wasiyyah Shoppe Berhad telah terbukti bila lebih dari 400 perintah pengesahan hibah telah diperolehi dari Mahkamah Syariah seluruh Semenanjung Malaysia

HUBUNGI KAMI / CONTACT US

Sila isi borang dibawah. Pegawai kami akan menghubungi anda untuk rundingcara percuma. / Please fill out the form below. Our staff will contact you for a free consultation.



Saya dengan ini bersetuju bahawa maklumat yang akan dihantar akan digunakan seperti yang tertakluk di dalam  Notis PDPA /
I hereby agree that the information to be sent will be used as subject the PDPA Notice


Saya ingin melanggan makluman promosi dan pemasaran daripada Wasiyyah Shoppe Berhad / I want to subscribe promotional announcement and marketing from Wasiyyah Shoppe Berhad


Cart

No products in the cart.