Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi pertama di Malaysia yang telah mewujudkan peluang keusahawanan di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka secara Syariah iaitu semenjak tahun 2004. Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa beraspirasi untuk melahirkan Dai’e yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi di dalam ilmu berkaitan fiqh mawarith dan undang-undang penghartaan, malah seorang profesional yang dihormati masyarakat, beretika disamping memperoleh pendapatan yang lumayan. Sehingga kini, Wasiyyah Shoppe Berhad telah berjaya melahirkan Dai’e yang berpendapatan enam angka setahun.
Kami sentiasa membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam yang berminat untuk bersama-sama kami di dalam dakwah memartabatkan fiqh mawarith di bumi tercinta ini.