Kerjaya

Sedang Mencari Kerjaya?

Sertai kami sebagai Dai'e Pewarisan SEKARANG!

Mari bersama menempa kejayaan Duniawi & Ukhrawi bersama Wasiyyah Shoppe Berhad

PROGRAM DAI’E WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi pertama di Malaysia yang telah mewujudkan peluang keusahawanan di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka secara Syariah iaitu semenjak tahun 2004. Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa beraspirasi untuk melahirkan Dai’e yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi di dalam ilmu berkaitan fiqh mawarith dan undang-undang penghartaan, malah seorang profesional yang dihormati masyarakat, beretika  disamping memperoleh pendapatan yang lumayan. Sehingga kini, Wasiyyah Shoppe Berhad telah berjaya melahirkan Dai’e yang berpendapatan enam angka setahun.

Kami sentiasa membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam yang berminat untuk bersama-sama kami di dalam dakwah memartabatkan fiqh mawarith di bumi tercinta ini.

APA KELEBIHAN JIKA ANDA MENYERTAI KAMI ?

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah syarikat amanah patuh syariah yang terbesar di Malaysia dari segi nilai harta pusaka yang akan dibantu urus apabila pelanggan meninggal dunia. 68,000 pelanggan telah menggunakan perkhidmatan perancangan harta secara Syariah. Wasiyyah Shoppe Berhad yang mewakili nilai harta mencecah sehingga RM 35 bilion. Wasiyyah Shoppe Berhad ditadbir oleh Lembaga Pengarah profesional dan dipantau kepatuhan Syariahnya oleh Panel Syariah berpengalaman. Operasi sayrikat adalah mengikut standard tadbirurus amalan terbaik ( best practice ) setaraf syarikat senaraian awam ( public listed company ). Syarikat juga beroperasi tanpa kompromi mengikut Akta Pemegang Amanah 1949, Akta Syarikat 2016 dan Malaysia Code of Corporate Governance 2000.
Kecemerlangan Wasiyyah Shoppe Berhad di dalam membantu umat Islam merancang harta di iktiraf di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa. Wasiyyah Shoppe Berhad dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka Malaysia 2020 oleh NiagaTimes. Pada 2019, Wasiyyah Shoppe Berhad juga dianugerahkan sebagai Inspirational Company oleh World Confederation of Business yang berpusat di Houston USA. Pada 2018 pula, Wasiyyah Shoppe Berhad dianugerahkan sebagai Best Regional Enterprise ( Asia ) oleh European Business Assembly di London. Wasiyyah Shoppe Berhad juga adalah syarikat bumiputera berprestasi tinggi yang tersenarai sebagai syarikat TERAS di bawah unit TERAJU Jabatan Perdana Menteri semenjak tahun 2009.
Selaras dengan strategi transformasi digital yang sedang agresif dilakukan, Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan sistem latihan atas talian ( Learning Management System ) inovatif yang pertama di dalam industri. Ia memudahkan para Dai’enya untuk melalui modul latihan mengikut fleksibiliti masa sendiri. Dai’e tidak perlu bersusah-payah menghadiri kelas secara fizikal.
Sebagai syarikat amanah ‘research-based’, Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa menganjurkan pelbagai sesi webinar di mana panel berpengalaman dan berkepakaran di dalam undang-undang syariah dan sivil berkaitan pewarisan harta orang Islam dijemput untuk berkongsi ilmu dengan dai’e. Dai’e juga berpeluang untuk belajar secara istiqomah pelbagai ilmu berkaitan melalui sesi-sesi yang kerap dianjurkan bersama pengurusan Syarikat. Budaya ilmu yang subur ini memastikan Dai’e Wasiyyah Shoppe Berhad dapat memberikan maklumat yang tepat kepada masyarakat.
Bagi memartabatkan kerjaya ini sebagai kerjaya pilihan, Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan pakej remunerasi menarik yang meliputi komisen dan insentif perlancongan. Dai’e yang cemerlang sebelum ini dibawa menunaikan umrah dan melancong ke Korea, Indonesia, Thailand, Australia dan Turki. Konvensyen tahunan gilang-gemilang pula dianjurkan pada setiap tahun untuk meraikan Dai’e yang cemerlang.
JOM! BERSAMA-SAMA WASIYYAH SHOPPE BERHAD
BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT ILMU BERKAITAN
PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH.

SYARAT KELAYAKAN MENJADI DAI’E

BERAGAMA ISLAM

AKADEMIK DIPLOMA KE ATAS

WAJIB MENGAMBIL PRODUK
AL-WASITAH (KECUALI UMUR
60 TAHUN KE ATAS)

BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS

SETIAP PERUNDING DIDAFTARKAN
MELALUI PENGENAL (PERUNDING
YANG SAH PERJANJIAN)

Cart

No products in the cart.