Pewarisan Perniagaan

5

Pewarisan Perniagaan

Apabila berlaku kematian kepada seorang ahli perniagaan yang memiliki saham di dalam syarikat, saham itu juga merupakan harta pusaka dan berhak dituntut oleh waris-waris mengikut hukum faraid. Sedangkan waris-waris ini mungkin tiada pengetahuan langsung tentang perniagaan dan mungkin juga tidak pernah terlibat langsung dengan aktiviti perniagaan. Keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah dan perbalahan yang pada jangka panjangnya berpotensi menyebabkan syarikat ditutup atau terganggu operasinya. 

 

Pemegang saham tersebut boleh menghibahkan saham perniagaan mereka kepada sesiapa penerima hibah yang mereka kehendaki. Penerima hibah ini boleh terdiri dari anak yang dirancang akan berfungsi selaku pewaris perniagaan yang mungkin telah dipilih atau dilatih oleh pemegang saham. Tindakan hibah ini akan menyebabkan saham perniagaan itu akan terkeluar dari harta pusaka dan hanya dimiliki oleh penerima hibah yang ditetapkan sekaligus mengelakkan risiko perbalahn pada masa hadapan.

SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Wasiyyah Shoppe Berhad membantu pemegang saham (shareholder) mendepani isu pewarisan perniagaan melalui perkhidmatan AT TIJARAH

MANFAAT PERKHIDMATAN INI IALAH

DITETAPKAN DARI AWAL

Pemegang saham boleh menetapkan dari awal siapakah di antara warisnya yang paling layak untuk mewarisi saham yang dimilikinya di dalam syarikat.

PENERAJU PERNIAGAAN

Pemegang saham boleh menetapkan siapakah yang bakal menerajui perniagaan seperti Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif.

LIMIT OF AUTHORITY

Pemegang saham boleh menentukan limit of authority ( LOA ) perniagaan dan siapa yang bertanggungjawab untuk mengawal pembayaran perniagaan serta parameternya.

OPERASI SYARIKAT

Pemegang saham boleh menentukan bagaimana perniagaan beroperasi.

PEWARIS SAHAM

Pemegang saham boleh menetapkan bahawa pewaris sahamnya tetap menyalurkan manfaat dari perniagaan seperti dividen kepada sesiapa yang dikehendaki pemegang saham.

HUBUNGI KAMI / CONTACT US

Sila isi borang dibawah. Pegawai kami akan menghubungi anda untuk rundingcara percuma. / Please fill out the form below. Our staff will contact you for a free consultation.



Saya dengan ini bersetuju bahawa maklumat yang akan dihantar akan digunakan seperti yang tertakluk di dalam  Notis PDPA /
I hereby agree that the information to be sent will be used as subject the PDPA Notice


Saya ingin melanggan makluman promosi dan pemasaran daripada Wasiyyah Shoppe Berhad / I want to subscribe promotional announcement and marketing from Wasiyyah Shoppe Berhad


Cart

No products in the cart.