PERINGATAN UNTUK PASANGAN YANG ADA ANAK BAWAH UMUR 18 TAHUN !
Berita kematian pasangan suami isteri yang meninggalkan dua anak perempuan bawah umur memenuhi ruang akhbar dan sosial media tempoh hari.
Ramai orang yang bersimpati namun kehidupan perlu diteruskan. Selepas simpati itu surut anak yatim piatu ini perlu mengharungi kehidupan ini dengan pergantungan kepada orang di sekeliling mereka.
Seperti juga kes kemalangan di Duke beberapa tahun dahulu , beberapa isu akan timbul dari kes ini :
- Hak penjagaan (hadhanah) anak. Ini akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang tersendiri iaitu
- Pengesahan Hibah
- Pengesahan Wasiat
- Sijil Faraid
- Munakahat
- Hadhanah
- Harta Sepencarian
- Siapakah yang akan memegang amanah segala sumbangan kepada anak perempuan tersebut ? Apakah jaminan wang itu akan diuruskan secara profesional untuk manfaat anak yatim itu ?
Sesebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Amanah 1949, merupakan badan profesional yang layak untuk kita ambil peduli sebagai jaminan untuk permasalahan yang bakal berlaku seperti diatas. Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami mempunyai mekanisma yang boleh membantu masyarakat untuk merancang pengurusan harta agar di agihkan secara amanah dan fleksible mengikut kehendak tersendiri.
- Perlantikan penjaga harta. Adakah pasangan ini sudah melantik penjaga harta bagi pihak anak bawah umur ini ? Ini ada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah juga.
Mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (wilayah persekutuan) 1984 di bawah Sekyen 81 Akta 303 yang menceritakan tentang orang yang berhak terhadap penjagaan anak-anak.
(1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:
(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah
Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.
- Urusan harta pusaka pasangan ini. Siapa yang nak uruskan dan tanggung kosnya ? Neneknya akan urus dan tanggung kos ? Siapa yang nak bimbing nenek ni pula
Bagi urusan harta pusaka,di Malaysia kita mempunyai pecahan bidang kuasa. Iaitu amanah raya, pejabat pusaka kecil dan mahkamah tinggi sivil. Kesemua ini mempunyai proses tuntutan yang berbeza dan akan menjadi rumit jika pentadbir tidak cekap menjalankan amanah.Tambahan lagi,pentadbir perlu keluarkan sebahagian kos sebelum dicairkan asset tersebut. Di Wasiyyah Shoppe Berhad kami akan uruskan harta pusaka secara PERCUMA (mengikut terma dan syarat) kepada waris.Oleh itu, waris tidak perlu habiskan masa,tenaga dan duit bagi mendapatkan surat kuasa.
- Siapa waris yang berhak ke atas harta pusaka pasangan ini mengikut hukum faraid memandangkan mereka hanya ada anak perempuan sahaja ?
Hukum faraid merupakan formula di penghujung pengagihan harta.Ia merupakan asas kepada cara pembahagian harta.Hukum faraid sebenarnya telah di susun cantik dan hebat oleh Allah SWT. Cuma bergantung kepada individu tersebut untuk bertanggungjawab berpandukan iman dan ilmu. Jika dillihat hukum faraid bagi seorang anak perempuan sahaja,anak perempaun mempunyai bahagian ½ , baki akan pergi kepada adiberadik seibu sebapa si mati, namun, semasa hidup masih terdapat ruang kepada pemilik harta untuk membuat perancngan sendiri seperti wasiat,hibah dan waqaf.
- Mungkin pasangan ini ada polisi takaful dengan anak bawah umur ini sebagai penerima hibah tetapi bagaimanakah pengurusannya dibuat kerana penerima hibah ini bawah umur ? Adakah jaminan manfaat takaful ini akan digunakan sepenuhnya untuk kebajikan anak bawah umur ini ?
Kini takaful mejadi perhatian kepada masyarakat Islam sebagai satu bentuk perlindungan untuk diri dari musibah,tambahan pula dengan perkenalan Akta IFSA 2013 yang membolehkan memasukkan benefisiari sebagai penerima manfaat takaful.Kebiasaannya menerima jumlah dalam wang yang banyak.
Bersama Wasiyyah Shoppe Berhad, sebagai syarikat amanah,kami sangat profesional dalam menguruskan duit manfaat takaful untuk diagihkan secara beterusan sebagai perbelanjaan bulan waris-waris anda. Oleh itu,ini dapat mengelakkan keborosan dan ketirisan dalam perbelanjaan bulanan dari maafaat takaful tersebut. Maka kebajikan anak anak akan terjamin untuk jangka masa yang lama dan berterusan melalui kendalian kami.
Sebagai ibubapa kita mungkin tidak terfikir cabaran-cabaran ini bakal dihadapi anak bawah umur kita jika sesuatu berlaku kepada kita hari ini. Anda boleh membantu anak-anak mengatasi cabaran ini dengan merancang harta anda bersama Wasiyyah Shoppe Bhd.
Ingatlah perancangan kita tidak dapat mengatasi perancangan Allah SWT. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun, tolonglah bantu anak-anak anda jika anda benar-benar sayangkan mereka.
RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

