Ramai tanya saya betulkah hibah mengukuhkan lagi kasih sayang antara ahli keluarga ? Wasiat tak kukuhkan kasih sayang keluarga ke ? Saya berbincang dengan seorang daie Wasiyyah Shoppe Berhad pagi ini dan saya highlight point ini.
FAHAMI PELAKSANAAN WASIAT
Wasiat ialah satu dokumen yang bersifat ‘ex-parte’. Pewasiat membuat wasiat untuk menyatakan apa hasratnya di dalam wasiat dan dia seorang sahaja menandatangani wasiat itu dengan disaksikan oleh dua saksi lelaki. Jika wasiat itu dibuat oleh bank, pewasiat pergi ke bank dan sign wasiat di hadapan pegawai bank. Selepas itu dia pun balik.
Penerima wasiat tidak tahu langsung apa yang dibuat oleh pewasiat dan apa harta yang diterimanya. Inilah dia wasiat ‘Ismet Ulam Raja’ kepada Abdul Wahub dalam 3 Abdul. Abdul Wahub tidak tahu langsung dia menerima harta pusaka Ismet Ulam Raja di negeri ‘gohead gostan dan setan’. Selepas matinya Ismet Ulam Raja barulah Suleiman Akhlaken ( peguam ) menceritakan bahawa Abdul Wahub menerima harta itu melalui wasiat.
Saya tak mahu ulas sama ada wasiat itu sah ataupun tidak kerana semua orang Islam di Malaysia sepatutnya tahu bahawa wasiat kepada waris seperti yang diterima Abdul Wahub itu HANYA BERKUATKUASA kalau Abdul Wahab dan Abdul Wahib bersetuju.
Yang saya nak ulas dalam penulisan kali ini ialah wasiat itu semasa hidupnya ada ijab iaitu penawaran dari pewasiat kepada penerima wasiat tetapi qabulnya hanya berlaku selepas kematian pewasiat. Penerima wasiat langsung tidak tahu apa yang bakal diterimanya.
PELAKSANAAN HIBAH
Berbeza dengan wasiat di mana pewasiat sign dokumen seorang-seorang kat bank dan penerima wasiat tidak tahu apa-apa, hibah wajib dilaksanakan melalui AKAD HIBAH yang tertib semasa hidupnya pemberi hibah. Ia adalah dokumen ‘inter-parte’.
Di Wasiyyah Shoppe Berhad kami SANGAT MENITIKBERATKAN elemen akad hibah ini kerana ia adalah rukun. Jika akad ini tiada maka hibah itu TIDAK SAH. Akad ini mestilah dilaksanakan mengikut hukum syarak sepenuhnya.
Di dalam majlis akad hibah Wasiyyah Shoppe Berhad, pemberi hibah akan beriijab secara berdokumen dan lisan serta bersaksi dua lelaki, “Ayah dengan ini menghibahkan rumah ini kepada along…..”
Penerima hibah akan berqabul secara berdokumen dan lisan serta bersaksi dua lelaki, “Saya dengan ini menerima hibah yang diberi oleh ayah….” Selesai ijab dan qabul, qabd pula dilaksanakan. Maka lengkaplah rukun dan syarat hibah itu.
Ijab dan qabul ini mesti berlaku semasa kedua-duanya masih hidup. Maknanya si anak mesti tahu dia menerima harta hibah itu dari ayahnya. Ini sangat berbeza dengan wasiat di mana penerima wasiat itu tidak tahupun dia menerima wasiat.
BAGAIMANA HIBAH MENGUKUH KASIH SAYANG
Selama 23 tahun saya di dalam industri perancangan harta, apabila saya mengendalikan sesi majlis akad hibah ini, saya dapat merasakan kesayuan dan kesyahduan yang timbul di antara pemberi dan penerima hibah.
Ayah yang melafazkan ijab hibah akan merasa sangat syahdu kerana seolah-olah dia telah bersedia untuk meninggalkan keluarganya. Anak yang melafazkan qabul menerima hibah juga merasa sangat sayu kerana dia dapat merasai kasih sayang ayahnya yang tidak bertepi terhadapnya. Sebaik selesai akad, keluarga ini kemudiannya berpeluk-pelukan menangis kesedihan.
Si anak memeluk erat ayah sambil memohon ampun atas segala kesalahan dan mohon dihalalkan makan dan minum. Anak berjanji akan berbakti sebaiknya kepada ayah selagi ayah hidup.
Si ayah mendakap erat anak sambil menasihatkan anak supaya menjadi seorang muslim yang baik, meredhai anaknya dan berpesan supaya jangan lupa mendoakan ayah selepas ayah meninggal dunia. Suasana sunyi … hanya kedengaran esakan tangisan syahdu keluarga ini.
Saya tersenyum puas sambil mengelap airmata sendiri. Puas kerana hibah yang dibuat Wasiyyah Shoppe Berhad berjaya mengukuhkan lagi perasaan kasih sayang di dalam keluarga ini. Dalam kesibukan kehidupan seharian, kadang-kadang kita terlupa untuk melafazkan betapa kita amat sayang kepada ibubapa kita. Ibubapa juga kadang-kadang terlupa untuk menyebut betapa anak-anak ini adalah harta mereka yang paling berharga di dunia dan akhirat. Akad hibah memberi peluang mereka menzahirkan kasih sayang itu.
Asbab hibah yang dibuat di Wasiyyah Shoppe Berhad, kasih sayang keluarga semakin kukuh. Kalau keluarga yang sudah berpecah, hibah ini menjalin kembali hubungan yang dingin di antara pemberi dan penerima hibah. Subhanallah.
40,000 keluarga yang membuat hibah semenjak 2004 bersama Wasiyyah Shoppe Berhad telah ditaut rapi kasih sayangnya. Saya tak kisah pun jika Allah tidak mengurniakan harta yang banyak kepada saya. Tiada rumah banglo tersergam indah, tiada kereta mewah menjalar untuk ditunjukkan, tidak makan di restoran mewah.
Saya sudah sangat bersyukur Allah memberi rezeki kepada saya membantu umat Islam mengukuhkan kasih sayang kekeluargaan melalui hibah Wasiyyah Shoppe Berhad. Alhamdulillah.
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )
1 Comment
Siti
Assalamualaikum maaf kalu saya bertanya kalu pembeli tanah adalah adik, betulkah dia tidak layak untuk mendapat bahagian dari hibah kasih sayang pembahagian duit yg telah diberikan kepada abangnya kepada adikberadik yg lain..tanah itu so adik beli dari siabang tapi mengikut asal abang tidak penah beli tanah tersebut tetapi hanya dapat dari emak saudara saja, jadi si adik beli dan si abang menjual. Juga si abang telah membahagikan duit tersebut secara hibah kasih sayang , adakah si adik tidak layak mendapat duit hibah tersebut kerana dia telah membeli tanah tersebut??. Sekian assalamualaikum