
Ini kenyataan yang keluar dari mulut seorang pembentang yg duduk sepentas dengan saya di dalam satu seminar yang dianjurkan ejensi kerajaan untuk membincangkan kaedah penyelarasan undang-undang hibah di Malaysia.
HIBAH ialah pilihan yang ditawarkan dalam Islam sama seperti pilihan pelupusan harta yang lain seperti jualbeli, gadaian dan lain-lain. Selagi kita hidup kita berhak untuk melupuskan harta itu kerana ia hak kita. Selagi kita hidup harta itu hak kita dan bukan hak waris mengikut hukum faraid.
Bila kita mati, harta yang tidak dilupus dan masih milik sah kita, itulah harta pusaka yg wajib difaraidkan. Barulah ada hak waris mengikut hukum faraid di sini kerana tuanpunya hartanya sudah mati. Tak timbul isu hibah melarikan diri dari faraid. Kena jelas isu ini. Ramai masih keliru.
HIBAH menjadi hak kita untuk memilihnya. Kita berhak menghibahkan apa sahaja harta milik kita kepada sesiapapun. Tidak menjadi sebarang kesalahan memilih HIBAH sebagai kaedah melupuskan harta sama seperti tidak menjadi kesalahan untuk kita menjual harta kita hari ini.
Comments (4)
Shafie
Boleh jelaskan bahagian terakhir tu ? Adakah boleh sekiranya ingin hibah atau wasiat keseluruhan harta kepada pasangan ?
admin
Setiap harta yang dimiliki boleh dihibahkan semasa hidup. Lebih mudah utk difahami kita seolah-olah memberi hadiah (harta) semasa hidup dan akan berkuatkuasa selepas kematian.
Wasiat tidak boleh dilaksanakan keatas waris kerana terikat dengan hukum faraid. Walaupun begitu ia tetap boleh dilaksanakan sekiranya kesemua waris-waris bersetuju dengan pembahagian tersebut. Jika sebaliknya, wasiat tersebut batal dan pengagihan harta perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.
Mohd Asraf
Cuma saya masih musykil tuan, hibah ini dikatakan terlaksana masa hidup, tapi proses tukar nama atau hak milik hanya berlaku selepas kematian tuan punya harta. Bukankah hibah ini seperti berlandaskan kematian baru penerima dapat harta secara total?
Kalau bercerai, rumah suami yg dihibahkan ke isteri dah jadi milik siapa sekarang? Boleh suami ambil balik dan jual? Boleh sebab nama tak tukar lagi. Isteri akan lawan mahkahmah sahih tak jualan ini mungkin.
Jadi saya ragu2 jika hibah ini halal sebab bagi saya dia dah seperti wasiat kepada waris sebab “bersyaratkan” kematian walaupun kita kata hibah dah terlaksana semasa hidup dan tandatangan dokumen hibah. Wasiat kepada waris hukumnya tak boleh.
Admin
Terima kasih di atas persoalan tuan. Benar hibah terlaksana semasa hidup dan proses turun milik berlaku hanya selepas kematian. Sungguhpun demikian jika suami yang menghibahkan bahagiannya kepada isteri, penerima hibah tidak boleh membuat apa-apa transaksi kerana secara undang-undang nama penerima tidak termaktub di dalam geran. Dan sekiranya suami sebagai pemilik dan pemberi hibah melakukan apa-apa transaksi maka hibah itu akan terbatal serta merta.
Kita juga ade terima kes dimana hibah telah berlaku dan suami isteri bercerai, pihak pemberi hibah perlu mendapatkan persetujuan untuk menarik atau membatalkan hibah yang telah dibuat. Penerima hibah juga tidak boleh membuat apa-apa transaksi kerana ia bukan pemilik penuh harta tersebut. Secara mudahnya jika terdapat perubahan pemilikan terhadap harta maka hibah akan terbatal. Jaminannya disini, nama penerima hibah tidak akan ada di dalam geran menurut undang-undang walaupun ia sah di sisi syarak.
Kita tidak boleh menolak pandangan tiada wasiat kepada waris kerana hak waris hanyalah mengikut hukum faraid. Walaupun ada wasiat pesanan, waris yang tidak bersetuju akan menyebabkan wasiat pesanan tersebut terbatal dan perlu diagihkan mengikut hukum faraid.
Hibah sah di sisi hukum syarak kerana ia dilaksanakan oleh Pemilik Harta Semasa Hidup dengan harapan penerima menjadi pemilik penuh selepas pemberi hibah meninggal dunia. Penerima sudah pun menjadi pemilik harta semasa hidup dengan syarat pemilik tetap masih boleh menikmati manfaat fizikal dan ekonomi terhadap harta tersebut. Jaminan tersebut akan memihak kepada pemilik harta utk penerima harta tidak boleh menghalau atau menindas pemberi hibah dan sekiranya berlaku maka hibah tersebut akan terbatal. Harap membantu.