Wasiat Oh Wasiat

Kongsikan
“ADAKAH BENAR WASIAT SELESAIKAN SEMUA MASALAH PUSAKA?!”
 
Kenapa persoalan ini masih ditanya ? Kerana masyarakat terkeliru akibat masih banyak pihak di luar sana yang mempromosikan wasiat melangkaui kewajaran undang-undang & hukum syarak. Dilukiskan gambaran bahawa wasiat adalah kunci kepada segala isu pusaka.
 
Jawapan saya pula konsisten semenjak 25 tahun yang lepas ialah WASIAT TIDAK MENYELESAIKAN MASALAH PUSAKA SECARA TUNTAS !
 
Dalam bahasa mudah, fungsi wasiat bagi orang Islam hanyalah :
 
1. Jika dia berhasrat memberikan 1/3 dari harta pusakanya kepada bukan waris. Ini boleh dibuat melalui wasiat & ia akan berkuatkuasa. Jika nak beri harta kepada waris mengikut hukum faraid dan pemberian dibuat melalui wasiat, wasiat itu perlu dipersetujui oleh semua waris itu selepas kematian pewasiat. Jika tidak dipersetujui, wasiat itu BATAL !
 
2. Jika dia melantik wasi harta pusaka dan kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( nilai harta pusaka melebihi RM 2 juta ) wasiat melantik wasi itu akan berkuatkuasa. Jika kesnya dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil ( nilai harta pusaka kurang dari RM 2 juta ) wasiat melantik wasi hanya berkuatkuasa jika dipersetujui oleh semua waris. Jika ada waris yang tidak bersetuju , wasiat itu akan dibicarakan pula di Mahkamah Tinggi Syariah. Panjang cerita …
 
Perhatian: Nilai harta pusaka yang dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil telah dinaikkan ke RM 5 juta melalui pindaan akta yang diwartakan pada 2022.
 
Isu wasiat yang disalah erti ini juga menjadi fokus perbincangan saya dan Yang Amat Arif Tuan Hj Ibrahim Deris, Ketua Hakim Kelantan baru-baru ini.
 
Setiap instrumen seperti wasiat dan hibah ada fungsinya yang spesifik. Tidak ada satu dokumen pun yang akan menyelesaikan semua masalah pusaka.
 
Ada orang perlu wasiat, ada orang perlu hibah. Kalau ada orang datang berjumpa anda dan berkata wasiat selesaikan semua masalah pusaka, anda kena berhati-hati.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.