TAK GUNA BUAT HIBAH! BOLEH DICABAR JUGA LEPAS MATI

Kongsikan
 
Saya terima respon ini dari masyarakat. Buat hibah pun tak guna sebab selepas kita mati dokumen-dokumen ini tetap dicabar. Izinkan saya jelaskan supaya difahami masyarakat.
 
SEBENARNYA APAPUN BENTUK DOKUMEN BOLEH DICABAR.
 
Baik hibah, wasiat, harta sepencarian, amanah malah apa pun bentuk dokumen / perkara berkaitan harta boleh & pernah dicabar di mahkamah oleh pihak-pihak yang berkepentingan ke atas harta itu.
 
Contoh :
1. Anak menerima harta pusaka dari ayahnya. Ada pihak lain mendakwa bahawa anak ini tak sepatutnya berhak kerana dia sebenarnya hanyalah anak angkat yang dibinkan dengan simati. Maka perlulah proses pengesahan waris dilakukan. Kes sebegini pernah saya temui.
 
2. Bila dikira hukum faraid semua waris, ada waris lain mendakwa bahawa kiraan itu tidak tepat. Maka perlulah sijil faraid diperolehi dari Mahkamah Syariah. Ini sangat biasa dijumpai.
 
3. Ibu menuntut haknya di dalam HARTA SEPENCARIAN dari harta pusaka arwah ayah dan ayahpun ada membuat deklarasi harta sepencarian bertulis semasa hidupnya. Anak2 tidak setuju kerana jika bahagian harta sepencarian ibu ditolak dahulu maka bahagian faraid anak-anak akan berkurangan. Anak cabar kes ini. Kes ini juga saya pernah jumpa.
 
4. Ayah HIBAH rumah kepada anak perempuan tunggal. Adik-beradiknya yang merupakan waris faraid tidak setuju dan mencabar hibah itu. Ini pun biasa dijumpai.
 
5. Ayah WASIATKAN 1/3 hartanya kepada masjid di kampung. Anak-anak tidak setuju kerana wasiat ini akan mengurangkan bahagian faraid mereka. Inipun situasi biasa dijumpai.
 
6. Semasa hidup, ayah jual tanahnya yang telah dihibah kepada anak. Anak itu mencabar penjualan itu atas asas ia telah dihibah kepadanya. Inipun ada.
 
SISTEM KEADILAN BAIK SIVIL MAHUPUN SYARIAH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MANA-MANA PIHAK UNTUK MENCABAR.
 
Mana2 pun sistem mahkamah di atas mukabumi ini akan membuka ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara boleh mencabarnya di mahkamah.
 
Walaupun boleh dicabar, isu sebenarnya ialah siapa akan menang kes itu?
 
Realiti kehidupan, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi dalam urusan penghartaan. Akan sentiasa ada pihak merasakan itu hak dia dan ia telah dirampas darinya.
 
Jadi satu-satunya cara untuk memastikan hasrat kita tercapai dalam urusan penghartaan ialah dengan menyediakn dokumen bertulis seperti wasiat, hibah, amanah dan harta sepencarian hari ini ketika masih hidup.
 
Kita memang tak boleh elak dari dokumen-dokumen itu dicabar kerana kita tidak boleh mengawal pemikiran dan emosi semua orang, namun sekiranya dokumen itu dibuat oleh profesional dan mengikut peruntukan hukum syarak, undang-undang syariah dan sivil yang tepat, maka walaupun dicabar hasrat kita tetap tercapai in shaa Allah.
 
Di Wasiyyah Shoppe Berhad dokumen2 kami dibangunkan melalui proses penyelidikan ilmiah komprehensif, pakar-pakar undang-undang syariah dan hukum syarak serta Panel Syariah berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi.
Kaedah ini menjamin dokumen-dokumen kami sah dan berkuatkuasa walaupun dicabar in shaa Allah.
 
BAGAIMANA NAK ELAK DARI WARIS CABAR MENCABAR SELEPAS KEMATIAN KITA ?
 
Satu-satunya cara ialah dengan cara kita mendidik waris kita supaya zuhud dan tidak cintakan dunia. Kalau mereka tiada keinginan terhadap harta barulah situasi cabar mencabar ini tidak berlaku walaupun tiada apa dokumen perancangan harta pun disediakan.
 
Namun realitinya, dalam keadaan dunia serba mencabar sekarang, situasi ini hampir mustahil wujud. Rasulullah pun pesan bahawa ujian untuk umatnya ialah harta.
Sebab itulah satu-satunya pilihan yang ada di tangan kita ialah membuat dokumen perancangan.
 
Ya! ia mungkin dicabar tetapi sekurang-kurangnya kita tahu hasrat kita akan tercapai. Wallahua’lam
 
ABS
Dai’e Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.