Saham Pusaka atau PUAKA?

Kongsikan

Ahli perniagaan yang memiliki saham dalam syarikat perniagaan perlu ingat saham itu juga menjadi HARTA PUSAKA apabila dia mati.

Apa maknanya ? Maknanya semua waris-waris mengikut hukum faraidnya adalah BERHAK mengikut bahagian masing-masing ke atas saham itu. 

Siapakah waris-waris faraid itu? Ada kalanya ia hanya meliputi pasangan dan anak sahaja. Ada juga keadaan tertentu di mana ibubapa, adik-beradik, datuk waima iparduai dan anak saudara pun berhak ke atas saham itu. 

Lain orang lain lain struktur faraidnya. Sila pastikan siapa waris-waris faraid anda.

Waris faraid yang berhak ini belum tentu mempunyai semangat, skil, pengetahuan dan pengalaman untuk bertindak sebagai pemegang saham namun hak mereka tetap wujud dan wajib diserahkan.

Sepanjang 25 tahun semenjak 1998 dalam bidang pengurusan harta pusaka di Malaysia, saya dapati saham syarikat adalah harta pusaka yang paling bermasalah untuk diselesaikan namun ia juga harta yang langsung tidak dipedulikan oleh pemegang saham.

Nilai saham syarikat  yang dinamik dan operasinya yang kompleks menjadikan proses turun miliknya saham sukar diuruskan selepas kematian pemegang saham. Ditambah pula jika nilai saham itu tinggi sehingga mencecah jutaan RM! 

Anda mahukan saham syarikat anda menjadi PUSAKA yang diselesaikan dengan mudah, tepat dan syarikat itu memberi manfaat jangka panjang kepada waris-waris anda atau anda mahu ia menjadi PUAKA yang akan menghantui dan memusnahkan keluarga anda selepas kematian anda ? 

Hubungi Wasiyyah Shoppe Berhad untuk tahu bagaimana saham syarikat anda boleh diwariskan dengan baik dan bermanfaat kepada waris anda serta diri anda sendiri pada masa hadapan.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.