NAK BUAT DOKUMEN HIBAH SENDIRI? BACA DULU

Kongsikan

BOLEHKAH SAYA BUAT DOKUMEN HIBAH SAYA SENDIRI ? 

“Saya dah study sepenuhnya tentang hibah. Macam-macam seminar saya dah pergi. Saya pun dah tahu apa itu rukun dan syarat hibah. Saya dah dapat format hibah dari internet. Saya pun dah tahu apa proses perundangan yang akan berlaku selepas kematian saya untuk menurunmilik harta yang saya hibahkan itu kepada penerima hibah. Jadi saya nak buat sendiri saja dokumen itu. Boleh tak ? Saya dah rujuk kepada pakar2 dan saya diberitahu lagi murah kos dan tak perlu pun saya guna perkhidmatan syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad!”

Jawapan saya kepada pertanyaan ini ialah “BOLEH” tapi anda kena pastikan 4 syarat di bawah dipenuhi :

1. Pastikan anda dan penerima hibah tahu perubahan undang-undang yang sedang dan telah berlaku di dalam urusan hibah di Malaysia.

Undang-undang berkaitan hibah sedang berubah dengan pantas semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Sebagai orang tua dalam industri saya menyaksikan dengan mata kepala sendiri perubahan ini berlaku. Ini kerana terdapat fatwa baru yang diwartakan, usaha berterusan untuk memperkenalkan enakmen hibah dan perubahan pandangan Yang Arif hakim yang bijaksana dalam memutuskan keabsahan hibah. Perubahan ini memberi kesan kepada dokumen hibah yang dibuat sebelum perubahan itu berlaku.

2. Pastikan dokumen yang dah dibuat itu disimpan dengan selamat.

Pastikan juga dokumen hibah yang anda buat itu disimpan dengan selamat di rumah. Pastikan ia tidak hilang, tidak dimakan lipas atau tikus, tidak rosak akibat banjir atau kebakaran. Kalau dokumen itu hilang atau rosak maka tak gunalah anda bersusah-payah buat dokumen hibah itu.

3. Pastikan penerima hibah tahu proses perundangan lengkap apa supaya harta hibah boleh diturunmiik kepada mereka mengikut proses undang-undang.

Untuk menurunmilik harta yang telah dihibah terutamanya bagi harta yang masih dalam cagaran pembiaya ( ada pinjaman lagi), pastikan penerima hibah faham sepenuhnya peruntukan undang-undang yang mengikat harta itu dan proses yang perlu dilaluinya.

Penyelarasan di antara proses pengesahan hibah di Mahkamah Syariah dan proses tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil perlu difahami dengan baik. Jika ini gagal difahami dan dilaksanakan , ada kemungkinan besar proses turunmilik harta yang dihibah kepada penerima hibah akan lambat, tergendala atau mungkin juga gagal dilaksanakan walaupun anda sudah buat dokumen hibah !

4. Pastikan penerima hibah mempunyai modal yang mencukupi.

Anda telah sediakan dokumen hibah sendiri dan kosnya sangat kecil kerana hanya melibatkan kos kertas dan cetakan sahaja. Tak sampai pun RM 10 kosnya. Sangat menjimatkan untuk anda.

Tetapi anda kena ingat penerima hibah anda perlu berbelanja besar kerana mereka perlu mengupah peguam dan membayar segala kos berkaitan yang berlaku di Mahkamah Syariah dan Pejabat Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi Sivil. Kalau proses perundangan ini tidak dilalui, harta hibah gagal diturunmilik kepada penerima hibah. Kalau penerima hibah anda terdiri dari anak bawah umur atau surirumah tangga sepenuh masa, adakah mereka ada modal itu ?

WASIYYAH SHOPPE BERHAD MENGATASI SEMUA MASALAH DI ATAS.

Melalui Panel Syariah yang berkepakaran tinggi dan berpengalaman luas dalam urusan hibah dan harta pusaka, kami tahu sepenuhnya apa perkembangan undang-undang semasa dan kontemporari yang terkait hibah. Jika ada keperluan, pelanggan akan dimaklumkan dan dibantu untuk dibuat dokumen yang baru.

Dokumen akan disimpan selamat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad bagi menjamin kewujudannya untuk dilaksanakan ketika diperlukan. Proses digilitasi dokumen juga sedang berjalan.

Semua proses perundangan berkaitan hibah dan turunmilik harta hibah juga diuruskan sepenuhnya oleh Wasiyyah Shoppe Berhad yang sudah berpengalaman 17 tahun di dalam bidang ini. Penerima hibah tidak perlu rasa stres dan pening bagaimana nak melalui semua proses ini kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

Mengikut pilihan pelanggan, proses ini juga kami boleh lakukan secara PERCUMA untuk penerima hibah. Penerima hibah tidak perlu bayar apa2 kepada kami. Bukankah lebih memudahkan terutamanya jika penerima hibah anda ialah anak bawah umur atau pasangan suri rumahtangga sepenuh masa.

Anda buat hibah kerana nak memudahkan penerima hibah atau nak meninggalkan mereka dengan beban yang lebih berat dalam menguruskan proses hibah selepas kematian anda nanti ?

PERINGATAN SAYA BUAT MASYARAKAT : Buat dokumen semata-mata tidak akan menyelesaikan semua urusan hibah. Proses yang terpaksa dilalui penerima hibah adalah jauh lebih susah dan mahal berbanding proses dan kos yang anda keluarkan untuk buat dokumen hibah sendiri. Renungkan.

ABS

Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).

Comments (16)

  • Sanisah tepu

    January 14, 2022 - 5:23 am

    Berminat untuk buat hibah dgn wasiyyah shoppe

    • admin

      January 20, 2022 - 1:38 pm

      Puan boleh hubungi kami di taliën 03-7680 2000 untuk maklumat lanjut.

      • Mohamad hairi

        January 11, 2023 - 11:19 am

        Masih aktif ke

    • nurul

      February 26, 2022 - 3:33 pm

      pm details cara nk buat hibah. brp kos yg diperlukan

      • Dr Siti

        July 7, 2022 - 2:42 pm

        Boleh hubungi saya, Daie Mawarith WSB https://pengurusanhartapusakadanhibah.wasap.my

      • yati

        September 4, 2022 - 8:04 am

        assalam..cik..brape kos nak buat hibah

      • Admin

        November 29, 2022 - 5:05 am

        Kos kena melihat keperluan puan. Jika status golongan kritikal tinggi sikit kos nya.

      • Mustapa bin md yusof

        February 15, 2023 - 6:33 am

        Assalamualaikum

      • Admin

        March 29, 2023 - 1:14 am

        waalaikumsalam

    • Roslan bin Ahmad

      June 23, 2023 - 3:15 pm

      Nak tau lebih lanjut

  • Nasir

    September 3, 2022 - 3:32 am

    Harta sendiri nak hibah kepada isteri pun susah sangat ka, kenapa perlu ujud jerung pencekik darah buat duit percuma

    • Admin

      November 29, 2022 - 5:03 am

      Kalau tuan ada solusi yang lebih baik untuk terus serahkan harta pusaka tuan kepada isteri sepenuhnya tanpa ada apa2 tentangan, tuan boleh teruskan. =)

  • Norjannah

    January 18, 2023 - 12:28 pm

    Assalamualaikum Tuan/Puan nak tahu mengenai Hibah, Wasiat 1/3, Pusaka dan Pengurusan Pusaka selepas kematian boleh hubungi saya..

    Dapatkan konsultasi percuma dan ingin tahu pembahagian harta melalui sijil faraid anda…saya boleh bantu anda…
    http://www.wasap.my/60139592321/HibahWasiatPusakaIslam

  • Abdul hakim

    January 26, 2023 - 2:59 pm

    Boleh ker sy nak wasiat kan rumah saya kepada 3 org anak perempuan saya kerana saya seorg duda yg mempunyai 3 org anak perempuan yg perlu saya wasiat kan harta saya kerana x ingin berebut dengan keluarga bila sy mati

    • Admin

      March 29, 2023 - 1:13 am

      Cara yang terbaik tuan buat hibah harta semasa hidup kepada 3 orang anak perempuan tuan. Wasiat jika tidak dipersetujui waris lain tidak akan digunapakai dan akhirnya perlu mengikut hukum faraid.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.