WASIYYAH SHOPPE BERHAD SYARIKAT AMANAH PATUH SYARIAH PERTAMA DI MALAYSIA YANG MEMPERKENALKAN HIBAH HARTA BERCAGAR UNTUK ORANG ISLAM

Kongsikan

Kata orang Jawa, ” People will always remember THE FIRST.”

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah syarikat amanah ( trustee company ) berdaftar YANG PERTAMA memperkenalkan hibah untuk harta yang masih bercagar ( dalam pinjaman bank ) bagi orang Islam di Malaysia. Perkhidmatan ini kami perkenalkan kerana kami tahu ada ramai orang Islam di luar sana yang membeli rumah secara pinjaman bank dan mereka berkeperluan untuk menghibahkan rumah mereka kepada orang-orang yang tersayang.
 
Apabila Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan hibah harta bercagar ini, riuh satu Malaysia menghentam kami kerana menurut mereka hibah ini tidak boleh dibuat, tak patuh syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad tipu masyarakat kerana sebenarnya hibah ini tidak boleh dilaksanakan, hibah ini kena dapat kebenaran bank dan macam-macam lagi. Nampaknya pihak-pihak yang kuat menghentam itu hari ini sudahpun menukar pendirian dan mempromosikan hibah harta bercagar Alhamdulillah.

Pengenalan kaedah hibah harta bercagar Wasiyyah Shoppe Berhad ini bukanlah dibuat secara teka-teka atau agak-agak sebaliknya ia melalui proses disiplin ilmu yang sangat ketat dan memakan masa, tenaga dan belanja yan tidak sedikit.

Wasiyyah Shoppe Berhad mengeluarkan beberapa geran kepada pihak Universiti untuk membuat penyelidikan ilmiah merangkumi pelbagai topik termasuklah hibah harta bercagar.
 
Pelbagai kitab dari ulamak muktabar dalam negeri dan luar negara serta kajian hukum menyeluruh meliputi pandangan semua mazhab dikaji secara mendalam bagi mencari maklumat sama ada hibah harta bercagar ini dibenarkan atau tidak di dalam hukum syarak. Kami juga mengkaji persamaan dan perbezaan kes-kes hibah harta bercagar yang telah diluluskan dan ditolak oleh Mahkamah Syariah Malaysia melalui kaedah semakan alasan penghakiman dan menemuduga hakim-hakim yang terlibat.

Dapatan penyelidikan ilmiah ini kemudiannya dibentangkan di dalam Muzakarah Isu-isu Pewarisan Kontemporari yang dihadiri pakar undang-undang syariah dan sivil, dibentuk sebagai perkhidmatan oleh Jawatankuasa Teknikal Syariah kami dan kemudiannya diputuskan oleh Panel Syariah kami. Semua proses yang berhati-hati ini dibuat kerana kami tahu di tangan kami terletak amanah ilmu yang berat.

Wasiyyah Shoppe Berhad perlu memastikan semua perkhidmatan yang diperkenalkan adalah PATUH SYARIAH 100% kerana kepada kami ini adalah usaha dakwah memperjuangkan fiqh mawarith dan bukan satu perniagaan semata-mata.
 
Semua urusan hibah pelanggan Wasiyyah Shoppe Berhad 100% dibawa ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan dan bukan menggunakan instrumen Sivil kerana Mahkamah Syariahlah yang berbidang kuasa untuk menentukan sesuatu hibah itu sah atau tidak. Bukan mahkamah sivil. Pendirian kami ini selari dengan perkara 121(1A) Perlembagaan Malaysia.

Wasiyyah Shoppe Berhad tidak menggunakan instrumen sivil untuk perlaksanaan ‘hibah’ kami kerana kami mempunyai keyakinan penuh dengan kompetensi Mahkamah Syariah melalui hakim2nya yang arif lagi bijaksana.

Kalau kita sebagai orang Islam pun tidak yakin malah memperlekeh dan memburukkan Mahkamah Syariah kepada masyarakat dengan memberi persepsi negatif bahawa proses hibah di Mahkamah Syariah leceh, memakan masa, belanja yang banyak serta PERLU DIELAKKAN, siapa lagikah yang akan mendaulatkan Mahkamah Syariah ?

Alhamdulillah sebagai peneraju paling berpengalaman dengan trek rekod terbukti dan penyediaan dokumen hibah harta bercagar terbanyak di Malaysia, lebih 45,000 orang Islam telah kami bantu dalam urusan hibah harta bercagar ini. Wasiyyah Shoppe Berhad in shaa Allah akan terus istiqomah memberikan penjelasan kepada umat Islam tentang kebaikan hibah harta bercagar yang disahkan oleh Mahkamah Syariah.

Terbang sekawan siburung merbah
Terbang melintas saujana sawah
Kalau hibah ikhlaslah katakan hibah
Tidak keliru seluruh ummah
 
WASIYYAH SHOPPE BERHAD SYARIKAT AMANAH PATUH SYARIAH PERTAMA DAN PALING BERPENGALAMAN MENGURUSKAN HIBAH HARTA BERCAGAR DI MALAYSIA.
 
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).
PENULIS IALAH ARIFFIN SABIRIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF WASIYYAH SHOPPE BERHAD, SEBUAH SYARIKAT AMANAH PATUH SYARIAH YANG BEROPERASI DI BAWAH AKTA PEMEGANG AMANAH 1949.

*Penulisan ini adalah hakmilik eksklusif penulis. Jika diulangsiar dan diubahsuai oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran penulis, penulis mempunyai hak penuh untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang yang bersesuaian bagi melindungi hak intelektualnya.

Comments (2)

  • Amiruddin bin Mat Isa

    August 29, 2021 - 8:11 am

    Bagaimana cara untuk hubungi tuan

    • admin

      January 20, 2022 - 1:39 pm

      Tuan boleh hubungi kami di talian 03-7680 2000 untuk maklumat lanjut.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.