INTENSITI KEPATUHAN SYARIAH DI WASIYYAH SHOPPE BERHAD

Kongsikan

Antara objektif penubuhan Wasiyyah Shoppe Berhad ialah untuk memperkenalkan kaedah perancangan harta patuh syariah 100% kepada umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Dengan berpandukan objektif ini, Wasiyyah Shoppe Berhad semenjak penubuhannya pada 2004 telah mempunyai Panel Syariahnya sendiri yang membangun dan memantau perkhidmatan kami supaya ia patuh syariah sepenuhnya.

Panel Syariah pertama kami dipengerusikan oleh Dato’ As-Sheikh Hj Nooh Gadut ( Mufti Johor ketika itu ), Allahyarham Ustaz Hj Ridzuan Awang, Allahyarham Dato’ Ali Baharom, Tuan Syed Ghazali Wafa, Prof Madya Dr Hailani Muji Tahir dan Prof Madya Dr Abd Halim El-Muhammady. Panel Syariah ini menubuhkan asas kepada perkhidmatan berteraskan Syariah di Wasiyyah Shoppe Berhad di saat perancangan harta secara Syariah sangat asing di Malaysia.

Barisan Panel Syariah kedua pula mula berkhidmat pada 2008 dan dipengerusikan oleh Allahyarham Ustaz Hj Ridzuan Awang ( UKM ) dan dianggotai oleh Dr Mohd Zamro Muda (UKM), Dr Noor Lizza Mohd Said (UKM), Prof Madya Dr Nasrul Hisyam Nor Muhammed (UTM)  dan Tn Hj Sulaiman Kadimi ( mantan Ketua Penolong Pengarah JKPTG Pahang ). Pada 2018, Dr Nik Abdul Rahim Nik Abd Ghani (UKM) pakar muammalat pula menyertai barisan Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad diikuti oleh Dato’ Seri Dr Hj Md Yusup Che Teh ( Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM Putrajaya ) pada tahun yang sama dan pada 2020, mantan Pengarah JKPTG Putrajaya, Tuan Sehnilamuddin Hassan pula menyertai kami sebagai Panel Syariah.

Kini di bawah kepimpinan Dato Seri Dr Md Yusup Che Teh sebagai Pengerusinya, gabungan Panel Syariah yang berpengalaman luas di dalam perlaksanaan undang-undang syariah, berpengetahuan tinggi di dalam ilmu fiqh mawarith dan muammalat serta berkepakaran di dalam urusan undang-undang tanah dan undang-undang pewarisan harta pusaka untuk orang Islam ini , Wasiyyah Shoppe Berhad terus di pacu ke tahap yang lebih tinggi untuk menggapai aspirasi sebagai syarikat amanah patuh syariah dengan tahap kepatuhan Syariah terbaik bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.  

Pada peringkat tadbirurus korporat yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah, terma rujukan Panel Syariah menyatakan dengan jelas tentang kuasa otonomi Panel Syariah iaitu semua keputusan yang telah diputuskan oleh Panel Syariah tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengarah ( sekiranya keputusan tersebut di dalam  ruang lingkup Syariah ) dan mesti dipatuhi oleh pihak pengurusan. Tiada apa-apa perkhidmatan boleh diperkenalkan kepada masyarakat kecuali dengan kelulusan Panel Syariah.

Dengan penyelidikan ilmiah profesional, saringan ketat Jawatankuasa Teknikal Syariah dan Panel Syariah, input Muzakarah di kalangan pakar undang-undang Syariah dan tadbirurus korporat setaraf syarikat senaraian awam, perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad terjamin 100% patuh hukum syarak dan boleh dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah Malaysia.

Anda ingin merancang harta mengikut kaedah Syariah 100% ? Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu.   

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.