1hb Februari 2021 : Wasiyyah Shoppe Berhad hari ini menerima Anugerah Brand Laurette, salah satu dari anugerah penjenamaan yang paling berprestij di dunia. Wasiyyah Shoppe Berhad memenangi anugerah bagi kategori Shariah Compliance Trust manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Tn Hj Ariffin Sabirin menerima anugerah Brand Leadership Award.
Anugerah ini diberikan di atas kecemerlangan Wasiyyah Shoppe Berhad membina jenamanya sebagai syarikat amanah patuh syariah yang paling dipercayai dan diyakini oleh masyarakat. Wasiyyah Shoppe Berhad juga telah berjaya menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dengan perkembangan perniagaan dua digit dari tahun ke tahun di dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar. Anugerah ini meletakkan Wasiyyah Shoppe Berhad sebaris dengan pemenang sebelumnya yang kebanyakannya terdiri dari syarikat-syarikat senaraian awam dan syarikat antarabangsa.
Tn Hj Ariffin pula diberikan Anugerah Brand Leadership di atas sumbangan beliau membawa jenama Wasiyyah Shoppe Berhad muncul sebagai syarikat amanah patuh syariah terbaik di Malaysia.
Anugerah Brand Laurette diberikan kepada organisasi dan individu yang telah berjaya membina jenama mereka sehingga ke tahap yang membanggakan dan dikenali di peringkat tempatan dan antarabangsa.