An understatement or an overstatement ?
Saya biasa dengar juga hujah ini dipromosikan kepada masyarakat. Bila dah buat wasiat, dapat elakkan waris dari bertelingkah tentang harta pusaka. Betul ke ?
Dari pengalaman 23 tahun saya di dalam industri perancangan harta dan pengurusan pusaka Malaysia semenjak 1998, sebenarnya buatlah apa dokumen pun, buatlah hibah ke, amanah ke, harta sepencarian ke, apapun dokumen dibuat, sentiasa ada kemungkinan waris akan bertelagah. Apa sebab waris bertelagah ?
4. Waris yang menjaga ibubapa sehingga ke penghujung hayat saat ibubapa sakit tenat terlantar, jika tidak faham hukum, akan menuntut supaya penat lelah mereka menjaga ibubapa dan segala kos yang dikeluarkan dalam proses itu, dibayar semula dari harta pusaka ibubapa. Mereka merasakan adik beradik lain yang langsung tidak menyumbang wang atau tenaga sepanjang proses itu, tidak sepatutnya mendapat bahagian sama banyak dengan mereka yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan ibubapa. Bertelagah juga.
PENULIS IALAH ARIFFIN SABIRIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF WASIYYAH SHOPPE BERHAD, SEBUAH SYARIKAT AMANAH PATUH SYARIAH YANG BEROPERASI DI BAWAH AKTA PEMEGANG AMANAH 1949.
*Penulisan ini adalah hakmilik eksklusif penulis. Jika diulangsiar dan diubahsuai oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran penulis, penulis mempunyai hak penuh untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang yang bersesuaian bagi melindungi hak intelektualnya.