Betul ke orang Islam tak boleh rancang harta pusaka untuk tetapkan siapa yang dapat harta pusaka kita ? BETUL …. kita tak boleh rancang harta pusaka kerana selepas pemilik harta mati, pemilik mutlak ke atas harta pusaka itu ialah waris faraid. Tiada sebarang khilaf tentang hal ini.
Harta pusaka hanya boleh DIURUS sahaja yang bermaksud ia perlu melalui kronologi agihan yang betul, dibawa ke dalam proses perundangan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, ditetapkan siapa pewaris harta itu di dalam perintah pembahagian dan akhirnya diagih oleh pentadbir yang dilantik kepada waris yang berhak seperti di dalam perintah pembahagian atau persetujuan sesama waris.
HARTA BOLEH DIRANCANG TAK ?
Berbeza dengan harta pusaka yang tidak boleh dirancang agihannya kerana pemilik mutlaknya ialah waris faraid, HARTA boleh dirancang oleh pemilik harta kerana dia masih hidup hari ini dan harta itu dibawah penguasaannya.
Pemilik harta boleh menghibah, mewasiat, mewaqaf, mengamanahkan hartanya kepada sesiapapun yang dikehendakinya kerana harta itu milik dia hari ini dan dia masih hidup jadi terserahlah kepadanya untuk buat apa sahaja ke atas hartanya.
KENA FAHAM APA BEZA URUS HARTA PUSAKA DAN RANCANG HARTA
Ramai orang kita termasuklah orang di dalam industri pewarisan harta sendiri yang tidak faham apa beza URUS HARTA PUSAKA dan RANCANG HARTA PUSAKA.
Saya biasa jumpa dipromosikan dalam media sosial, RANCANGLAH HARTA PUSAKA anda hari ini. Saya ulangi harta pusaka tidak boleh dirancang agihannya kerana atas status ia sebagai harta pusaka, ia milik mutlak waris faraid.
AYAT YANG BETUL IALAH RANCANGLAH HARTA ANDA HARI INI!
Ini barulah ayat yang betul kerana atas status harta itu milik pemilik harta dan pemilik harta masih hidup, dia bebas merancang hartanya mengikut kaedah hibah, wasiat, waqaf atau amanah kepada sesiapapun yang dikehendakinya.
Jika anda jika anda masih hidup dan nak rancang supaya harta anda diterima oleh orang-orang tertentu seperti pasangan atau anak-anak, maka bertindaklah sekarang sebelum mati.
Kalau dah mati, harta pusaka tidak boleh lagi dirancang kerana ia memang menjadi milik mutlak waris faraid ( atau secara permuafakatan / takharruj ). Jangan keliru ya.
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat