FATWA HIBAH HARTA BERCAGAR ADALAH SAH

Kongsikan
TIADA KESANGSIAN LAGI : FATWA HIBAH HARTA BERCAGAR ADALAH SAH.
 
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bermesyuarat pada 2018 dan 2019 telah memutuskan antaranya :
 
HIBAH HARTA DALAM GADAIAN ADALAH SAH SEKIRANYA HARTA YANG DIHIBAHKAN DILINDUNGI OLEH TAKAFUL MRTT/MLTT ATAU MENDAPAT KEIZINAN DARI PEMBIAYA.
 
Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel.P.U.8 pada 8hb April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13hb Mei 2021. Fatwa ini selari dengan pendirian Wasiyyah Shoppe Berhad berkenaan hibah harta bercagar dan kedua-dua elemen ini sudah dimasukkan ke dalam hibah yang kami laksanakan semenjak tahun 2015 lagi.
 
JOM MEMBUAT HIBAH UNTUK HARTA ANDA YANG MASIH ADA PINJAMAN PEMBIAYA ITU.

Jika rumah anda masih dalam pembiayaan tetapi anda berhasrat untuk menghibahkan rumah itu kepada insan tersayang seperti pasangan atau anak-anak, mari ke Wasiyyah Shoppe Berhad untuk membuat hibah harta bercagar anda.

Semenjak 2015, kami telah membantu umat Islam membuat hibah untuk harta yang mereka yang masih dalam pembiayaan berdasarkan ijtihad Panel Syariah kami. Pada 2017 kami membuat penyelidikan ilmiah bersama UKM bagi tajuk yang sama dan memperoleh dapatan penyelidikan yang menguatkan lagi proses hibah harta bercagar kami.
 
Sehingga Disember 2020, Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedian dokumen hibah harta bercagar terbanyak di Malaysia.
 
Anda ingin membuat hibah harta bercagar untuk rumah anda ? Wasiyyah Shoppe Berhad sedia membantu. Jom.
 
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).
 

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.