Shah Alam – Kausar Group yang diterajui oleh Khamarul Azhar Hashim, Suzana Abu Bakar, Umi Khlsom Yusof dan Mohd Usayri Mohd Zin mempertahankan kejayaan mereka mengungguli Konvensyen Wasiyyah Shoppe Berhad 2020/2021 telah diadakan pada 13hb November 2021 yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khalifah. Anugerah Khalifah merupakan anugerah yang tertinggi yang diperkenalkan Wasiyyah Shoppe Berhad kepada agensi yang cemerlang secara keseluruhan di dalam industri pewarisan. Kausar Group telah dinobatkan Anugerah Khalifah sebanyak 7 tahun berturut-turut.
KAUSAR GROUP TEGUH BERJAYA
Kausar Group terus mengungguli hampir kesemua anugerah untuk beberapa kategori. Antara kategori anugerah yang berjaya dirangkul oleh Kausar Group adalah Anugerah Kasihku Terbaik, Anugerah Hibah Komprehensif Terbaik, Anugerah At-Mutahabbah Terbaik, Anugerah Top 3,Anugerah Kumpulan Terbaik Al-Wasitah, Anugerah Kumpulan Terbaik Hibah, Anugerah Kumpulan Terbaik At-Mutahabbah, Anugerah Kumpulan Terbaik At-Tijarah, Anugerah Kepimpinan Terbaik, Anugerah Kumpulan Terbaik, Anugerah Kumpulan Terbaik TIMUR, Anugerah Kumpulan Terbaik LEMBAH KLANG, Anugerah Ketua Perunding Eksekutif Terbaik, Anugerah Perunding Jualan Tertinggi dan Anugerah Khalifah.
Wasiyyah Shoppe Berhad mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan KAUSAR GROUP dan berharap anugerah yang dimenangi akan melonjakkan lagi semangat para dai’e untuk terus berdakwah ilmu perwarisan harta kepada umat Islam di Malaysia. They are truly the best of the best.
“GREAT THINGS IN BUSINESS ARE NEVER DONE BY ONE PERSON. THEY’RE DONE BY A TEAM OF PEOPLE.” – STEVE JOBS
Itulah ungkapan Suzana Abu Bakar sebagai salah seorang pengasas Kausar Group sebagai penghargaan kepada semua ahli Kausarian yang telah berjuang bersama-sama untuk mengecapi kejayaan yang diperoleh sehingga ke hari ini. Suzana juga mengungkapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam perjuangan membantu umat Islam dalam perancangan harta dan pengurusan pusaka.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG !
Wasiyyah Shoppe Berhad mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang di Konvensyen Wasiyyah Shoppe Berhad 2021/2021 dan diharapkan agar semua dai’e Wasiyyah Shoppe Berhad terus istiqomah dengan perjuangan dalam industri pewarisan ini. Kepada para dai’e diluar sana, tanamkan niat kerana Allah SWT dan terus berusaha membantu masyarakat merancang dan menguruskan harta mereka dengan sebaiknya.
