Takaful Jamin Nasib Waris

Kongsikan

Takaful Jamin Nasib Waris

Takaful kini mejadi satu keperluan dan cara terbaik bagi menyediakan tunai segera kepada pelanggan jika mereka ditimpa musibah.Namun,perlu diingatkan peserta takaful hendaklah melanggan ketika kesihatan masih baik.

Kini,selepas pengenalan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam(IFSA)2013,benefisiari sebagai penerima hibah juga telah dimasukkan sebagai satu dari pihak yang menerima manfaat takaful.Penerima hibah yang menerima manfaat takaful,kebiasaan mendapat sejumlah wang yang besar.Tambahan lagi,wang ini adalah hak milik mutlak penerima hibah sepenuhnya.Dia tidak perlu mengagihkan  kepada waris mengikut hukum Faraid.

Perlu diingatkan dengan sejumlah manfaat takaful yg besar ,penerima harus lah mempunyai urus tadbir duit yang baik agar kehidupan mereka terjamin untuk masa yang panjang berbekalkan duit dari manfaat takaful.

Di Wasiyyah Shoppe anda boleh melantik kami sebagai Pemegang Amanah kepada manfaat takaful dan anda boleh mengarahkan pihak kami untuk bayar secara bulanan kepada penerima hibah tersebut sebagai gantian pendapatan selepas ketiadaan anda.Oleh itu,perbelanjaan bulanan tetap berjalan seperti biasa dan keborosan wang ketika berbelanja dapat dielakkan.

 

 

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.