peringatan untuk pasangan yang ada anak bawah 18 tahun

Kongsikan

PERINGATAN UNTUK PASANGAN YANG ADA ANAK BAWAH UMUR 18 TAHUN !

Berita kematian sepasang suami isteri yang meninggalkan dua anak perempuan bawah umur memenuhi ruang akhbar & sosial media.

Ramai orang yang bersimpati sekarang namun kehidupan perlu diteruskan. Selepas simpati itu surut anak-anak yatim piatu ini perlu mengharungi kehidupan ini dengan pergantungan kepada orang-orang di sekeliling mereka.

Seperti juga kes Duke beberapa tahun dulu , beberapa isu akan timbul dari kes ini :

  1. Hak penjagaan ( hadhanah ) anak-anak. Ini akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
  2. Siapakah yang akan memegang secara amanah segala sumbangan orang ramai sekarang ? Apakah jaminan wang itu akan diuruskan secara profesional untuk manfaat anak2 yatim itu ?
  3. Perlantikan penjaga harta. Adakah pasangan ini sudah melantik penjaga harta bagi pihak anak-anak bawah umur ini ? Ini ada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah juga.
  4. Urusan harta pusaka pasangan ini. Siapa yang nak uruskan dan tanggung kosnya ? Neneknya akan urus dan tanggung kos ? Siapa yang nak bimbing nenek ni pula ?
  5. Siapa waris-anak yang berhak ke atas harta pusaka pasangan ini mengikut hukum faraid memandangkan mereka hanya ada anak perempuan sahaja ?
  6. Mungkin pasangan ini ada polisi takaful dengan anak2 bawah umur ini sebagai penerima hibah tetapi bagaimanakah pengurusannya dibuat kerana penerima hibah ini bawah umur ? Adakah jaminan manfaat takaful ini akan digunakan sepenuhnya untuk kebajikan anak-anak bawah umur ini ?

Sebagai ibubapa kita mungkin tidak terfikir cabaran-cabaran ini bakal dihadapi anak-anak bawah umur kita jika sesuatu berlaku kepada kita hari ini.

Anda boleh membantu anak-anak mengatasi cabaran ini dengan merancang harta anda bersama Wasiyyah Shoppe Bhd .

Kecuali persoalan no 1 yang memang kuasa di tangan Mahkamah Syariah, persoalan 2 – 6 boleh dijawab dengan mudah jika anda bertindak merancang harta anda hari ini.

Ingatlah perancangan kita tidak dapat mengatasi perancangan Allah SWT. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun, tolonglah bantu anak-anak anda jika anda benar-banar sayangkan mereka.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.