Wasiyyah bantu 45,000 individu selesai Hibah Hartanah Bercagar

Kongsikan

KUALA LUMPUR: Wasiyyah Shoppe Bhd, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia mengumumkan ia sudah membantu sejumlah 45,000 individu menyediakan dokumen hibah untuk hartanah yang masih bercagar (hartanah dalam pembiayaan) setakat 31 Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ariffin Sabirin, berkata Wasiyyah adalah firma pertama yang memperkenalkan kaedah hibah hartanah bercagar sejak 2015 dan adalah penyedia dokumen terbanyak bagi segmen pasaran ini.

“Kami mula memperkenalkan kaedah hibah pada 2004 sebaik sahaja mula beroperasi namun kaedah hibah untuk hartanah bercagar ini kami perkenalkan secara agresif mulai 2015.” katanya.

Wasiyyah katanya, memperkenalkan perkhidmatan itu kerana ia mendapati wujud keperluan yang sangat mendesak bagi ibubapa yang membeli rumah secara pinjaman untuk menghibahkan rumah mereka anak-anak yang masih di bawah umur.

“Apabila salah seorang atau kedua-dua pasangan ini meninggal dunia, rumah yang masih bercagar itu menjadi harta pusaka dan mempunyai hak waris mengikut hukum faraid ke atasnya. Melalui pengalaman operasi 17 tahun, kami mendapat kebiasaannya pasangan dan anak-anaklah yang akan bertungkus-lumus melangsaikan baki pinjaman kerana mereka menetap di rumah tersebut. Waris-waris faraid yang lain biasanya hanya lebih berminat untuk menuntut hak selepas baki pinjaman dilangsaikan,” jelas Ariffin.

Perkhidmatan hibah hartanah bercagar Wasiyyah membantu mengatasi cabaran itu. Hartanah yang telah dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka dan tidak perlu diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid.

Ia menjadi milik penerima hibah sepenuhnya.

Sebagai institusi berteraskan ilmiah, Wasiyyah Shoppe Berhad mendanakan penyelidikan yang dibuat bersama Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan tajuk ini pada 2017.

Dapatan dari penyelidikan ini kemudiannya diaplikasi sepenuhnya ke dalam perkhidmatan hibah hartanah bercagarnya.

“Sebagai penyedia dan pelaksana hibah hartanah bercagar paling berpengalaman di Malaysia, kami memegang prinsip kepatuhan syariah tanpa kompromi dalam pelaksanaan hibah kami. Semua kes hibah kami menggunakan instrumen patuh syariah dan dikuatkuasakan juga melalui Mahkamah Syariah.” Tambahnya lagi.

Bagi memberi peluang lebih ramai orang Islam menghibahkan hartanah mereka yang masih dalam cagaran dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ini, Wasiyyah memberikan tawaran diskaun 50 peratus sehingga 28 Februari ini.

(Sumber : Berita Harian)

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.