RUMAH DALAM PINJAMAN BANK MILIK SEMPURNA ATAU TIDAK?

Kongsikan

ADAKAH RUMAH YANG MASIH DALAM CAGARAN BANK ( PINJAMAN BANK ) / DIANGGAP PEMILIKAN TIDAK SEMPURNA DAN TIDAK BOLEH DIHIBAHKAN ?

Masih ada pihak yang BERKERAS mengatakan hujah saya salah dan rumah yang masih dalam pinjaman bank TIDAK BOLEH DIHIBAH kerana tidak milik sempurna katanya.

Sebenarnya isu ini saya sudah ulas bertahun-tahun lamanya untuk beri kefahaman kepada masyarakat. Tetapi masih ramai yang tidak faham dan yang lebih teruk lagi ialah golongan yang ‘tidak mahu faham’ walaupun telah mendengar.
 
Jadi dalam ulasan saya kali ini, saya tidak akan menggunakan hujah ilmiah hasil dari dapatan penyelidikan ilmiah bersama Wasiyyah Shoppe Bhd dan UKM walaupun hujah-hujah itu sangat komprehensif dan menyeluruh.
 
Ini kerana hujah-hujah itu tidak membawa sebarang makna kepada pihak yang ‘tidak mahu faham’. Saya akan berhujah kali ini menggunakan fakta kes.

Kes yang saya akan ulas ini ialah kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Namun saya tidak boleh mendedahkan kes ini di negeri mana, melibatkan pihak mana atau melibatkan siapa atas dasar kerahsiaan dan etika.

Cumanya di dalam kes ini diulas panjang lebar di dalam alasan penghakiman hakim sepanjang 20 ms termasuk disentuh di situ mengenai isu “Adakah harta yang dalam pinjaman pembiaya itu dianggap sempurna milik atau tidak.” Rakan-rakan peguam boleh menggunakan hujah ini jika berdepan dengan kes hibah harta bercagar. Kalau nak tahu fakta kes ni secara mendalam, kenalah belanja nasi khabsah kambing satu.😀

FAKTA KES

Si mati semasa hidupnya telah menghibahkan rumahnya yang masih mempunyai bebanan cagaran dengan pembiaya kepada anak perempuan tunggalnya.
 
Selepas kematian, abang kepada simati menuntut bahawa hibah itu tidak sah kerana ketika akad dibuat, rumah itu masih dalam cagaran pembiaya dan si mati tidak pernah mendapatkan kebenaran untuk membuat hibah daripada pembiaya. Abang dia mahukan supaya rumah itu diisytiharkan sebagai harta pusaka supaya ia diagih kepada waris mengikut hukum faraid termasuk kepada dirinya.
 
P.S : KES DI MANA ADIK-BERADIK MENUNTUT BAHAGIAN FARAID APABILA SIMATI HANYA ADA ANAK PEREMPUAN SAHAJA DAN TIADA BAPA ADALAH SITUASI BIASA SAYA JUMPAI DALAM 22 TAHUN PENGALAMAN MEMBUAT KERJA INI !
 
Untuk pengetahuan pembaca, bantahan yang dikemukakan oleh abang si mati adalah berasaskan pandangan Shafie iaitu jika harta itu mempunyai cagaran, maka hibah itu sah hanya apabila kebenaran telah diperolehi dari pembiaya untuk si mati tadi membuat hibah.
 
Jika sesiapa membaca tulisan saya sebelum ini, saya ada merujuk tulisan seorang peguam yang menegaskan bahawa pandangan Shafie lah yang paling kuat dan selamat dipegang jika kita mahu membuat hibah harta dalam pinjaman.
 
BAGI KES INI, MAHKAMAH SYARIAH TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA HIBAH ITU SAH WALAUPUN MASIH MEMPUNYAI CAGARAN PEMBIAYA DAN KEBENARAN DARI PEMBIAYA TIDAK DIPEROLEHI SEBELUM HIBAH DIBUAT.

Alasan penghakiman ini panjang namun saya ringkaskan intipatinya kita fahami bersama.

 
Mahkamah mentafsirkan bagi kes ini, perjanjian yang ditandatangani oleh simati bukanlah perjanjian pinjaman sebaliknya adalah perjanjian jual beli. Maka segala manfaat selepas perjanjian itu berkuatkuasa adalah milik penuh simati.
 
Mahkamah juga mentafsirkan atas sebab hak pemilikan penuh itu milik simati maka dia bebas untuk membuat apa sahaja transaksi ke atas rumah itu. Kedudukan rumah itu sebagai cagaran hanyalah untuk menjaga kepentingan Pembiaya supaya memastikan baki pinjaman dibayar.
Pada bila-bila masa apabila simati mampu menjelaskan baki pinjaman seperti membuat pembayaran penuh ( full settlement) atau menjual rumah itu di mana pembeli baru akan menjelaskan baki pinjaman, pegangan pembiaya akan dilepaskan.
 
Atas sebab itu juga Mahkamah mentafsirkan tiada keperluan untuk simati mendapatkan kebenaran pembiaya sebelum akad hibah dilaksanakan. Mengikut ‘hukum syarak’ , tiada keperluan kebenaran akad hibah mesti diperolehi sebelum akad hibah dibuat. Kebenaran ini boleh juga diperolehi ‘selepas’ akad hibah dibuat.
 
Mahkamah mendapati kewujudan elemen ‘takaful’ telah menjamin kepentingan Pembiaya telah dilindungi apabila bayaran takaful menjelaskan baki hutang.
 
Keputusan kes ini dibuat antaranya oleh tokoh perundangan Islam yang terulung di Malaysia pada ketika ini yang dianggap ikon undang-undang Islam dan ‘guru’ kepada semua hakim. Seorang yang sangat-sangat saya hormati.
 
Jadi masyarakat tiada sebab untuk masih beranggapan harta dalam cagaran ( pinjaman bank ) tidak milik sempurna namun anda mesti pastikan organisasi yang anda buat dokumen ini benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman dalam urusan hibah harta bercagar.

KESIMPULAN

Ini adalah antara kes hibah harta bercagar paling terbaru yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah. Kesimpulannya ialah :
 
1. Harta yang masih dalam pinjaman bank ( cagaran pembiaya ) adalah MILIK SEMPURNA pembeli dan pembeli bebas untuk hibahkan rumah itu.
 
2. Tiada keperluan untuk mendapat kebenaran dari Pembiaya sebelum akad hibah dibuat kerana kebenaran itu boleh datang dalam pelbagai bentuk ‘selepas’ akad dibuat.
 
3. Perlindungan takaful untuk penyelesaian baki pinjaman ialah antara elemen penting yang Mahkamah lihat bagi memastikan kepentingan pembiaya terpelihara.
 
4. Keputusan kes ini menunjukkan dengan jelas bahawa Mahkamah Syariah secara umumnya TIDAK TERIKAT dengan pandangan sesuatu mazhab sahaja dalam urusan muamalat.
 
5. Yang menentukan sesuatu hibah itu sah atau tidak bukan saya atau tuan puan. Mahkamah Syariahlah yang berotoriti. Jadi panduan paling tepat kalau kita nak rujuk hibah itu sah atau tidak ialah alasan penghakiman Mahkamah Syariah bukan pandangan peribadi individu yang tidak berotoriti.
 
Masyarakat Malaysia, mari ke Wasiyyah Shoppe Berhad untuk membuat hibah bagi rumah anda yang masih dalam pinjaman bank kerana in shaa Allah, kami satu-satunya organisasi yang telah membuat penyelidikan ilmiah berkenaan tajuk ini dan mempunyai cukup ilmu untuk memastikan hibah anda SAH MENGIKUT HUKUM SYARAK. Jom!
 
ABS
Dai’e Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.