WASIYYAH SHOPPE BERHAD TADBIRURUS KORPORAT TERBAIK

Kongsikan

Sebagai syarikat amanah patuh syariah berdaftar di bawah 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝟭𝟵𝟰𝟵 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟬𝟬 ), Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kuasa untuk dilantik sebagai pemegang amanah harta, wasi dan pentadbir harta pusaka, pengurus harta alih dan tidak alih dan apa sahaja kapasiti seperti yang dilantik oleh pelanggan.

Atas kerana itu, Wasiyyah Shoppe Berhad sangat memberi penekanan kepada perlaksanaan tadbirurus korporat standard syarikat senaraian awam dalam operasinya. Asasnya telah diletakkan oleh mantan Pengerusi Lembaga Pengarah, Dato Ahmad Khairummuzammil Mohd Yusof dan kini diperkukuhkan lagi oleh 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸, 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗧𝗮𝗷𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗻. 

Di dalam ucapan pertamanya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, Dato Ahmad Tajudin Abdul Rahman telah menekankan kepentingan Wasiyyah Shoppe Berhad beroperasi sepenuhnya mengikut amalan terbaik korporat ( corporate best practice ) seperti yang ditetapkan oleh Malaysia Code of Corporate Governance ( MCCG ) Suruhanjaya Sekuriti dan juga peruntukan di dalam Akta Syarikat Amanah 1949 dan Akta Syarikat 2016.
 
Dengan ahli Lembaga Pengarah berpengalaman serta penubuhan Jawatankuasa Audit dan Risiko, Jawatankuasa Pelaburan dan Amanah, Jawatankuasa Nominasi dan Remunerasi serta Jawatankuasa Pengurusan Dalaman, Wasiyyah Shoppe Berhad sentiasa akan memastikan semua operasi adalah patuh kepada standard tadbirurus korporat yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
 
𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗪𝗮𝘀𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗽𝗲 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶.

 

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.