Dengan nada sedih & airmata bercucuran Abu bercerita. Abu & Minah pasangan bahagia dikurniakan 3 orang anak , 2 lelaki & 1 perempuan. Saya kenal pasangan ini & mereka pasangan romantik. Saling bergurau & bermanja antara satu sama lain.
Selepas pencen kesihatan Abu merosot & akhirnya kena rawatan dialisis akibat kegagalan buah pinggang. Ketiga-tiga anak belajar hingga universiti , mendapat pekerjaan baik & sudah berumahtangga menetap di KL manakala Abu & Minah tinggal di Ipoh. Minahlah yang menguruskan semua perkara untuk Abu. Akibat diabetes tinggi mata Abu pun dah rabun & kalau berjalan tidak dipimpin selalu tersadung.
Minah menjaga Abu dengan sangat baik. Takdir Allah , Minah meninggal dunia mengejut. Abu yang selama ini sakit , Minah pula yang meninggal dunia.
Dari saat itu konflik timbul dalam keluarga. Abu kini berseorangan di Ipoh. Abu perlukan seseorang untuk menjaganya. Anak-anak sibuk bekerja. Semasa ziarah kematian Minah , saya sudah bisikkan kepada salah seorang anak supaya pujuk Abu tinggal bersama mereka di KL supaya senang diuruskan. Abu menolak.
Atas dasar prihatin anak-anak mengupah seorang ibu tunggal untuk memasak & mengemas rumah. Setiap hujung minggu mereka bergilir pulang ke kampung menjengah Abu.
Agak-agak apa berlaku kepada Abu yang keseorangan ini ? Kerana kesunyian ibu tunggal pengemas rumah itulah tempat dia mencurahkan segala rasa keluh kesahnya. Akhirmya ….. Abu meluahkan perasaan kepada anak-anak untuk MENIKAH dengan si pengemas rumah !
“APA ???? KAMI MEMBANTAH & TIDAK SETUJU ! AYAH DAH LUPA PENGORBANAN & KASIH SAYANG MAK KE ? NANTI JANDA NI KIKIS DUIT AYAH ! “ bentak anak-anaknya.
Abu berhenti bercerita & mengelap airmatanya. Suasana sunyi sebentar & saya merenung wajah Abu yang kesedihan. Abu rasa sangat jauh hati & merajuk dengan sikap anak-anaknya. Dia keseorangan. Dia perlu teman bercerita.
Seorang yang berumur 63 tahun, perkahwinan bukan sebab seks atau nafsu. Dia perlukan “companion” untuk menjaga makan minum, kesihatan & keselamatannya sama seperti apa yamg dibuat Minah
Dia perlu tempat bermanja & mencurahkan perasaan. Dia kesunyian. Rumahnya kosong begitu juga jiwanya.
Anak-anak & cucu hanya ditemu hujung minggu sahaja. Abu pun faham anakanak ada tanggungjawab sendiri. Kalau boleh dia tak mahu susahkan anak-anak !
Anak-anak selepas itu cuba sedaya upaya memberi perkhidmtan kepada ayahnya tetapi dengan masing2 bekerja jauh & ada tanggungjawab sendiri , keupayaan mereka terhad. Ayah semakin merajuk & jauh hati dengan anak-anak.
Ulasan saya :
Wahai anak-anak .. fahamilah ayah kamu. Jika kamu tidak boleh berada disampingnya setiap waktu untuk menjaganya , sokonglah dia untuk menikah semula. Izinkan dia mengecapi kebahagiaan dalam sisa-sisa umurnya. Kenapa kamu berhak bahagia bersama pasangan & anak-anak tetapi kamu mahu biarkan ayah kamu menderita keseorangan & kesunyian ? Kamu lupa dia juga seorang manusia yg ada perasaan !
Wahai anak-anak … inilah masanya pengorbanan kamu dituntut untuk ayah. Puluhan tahun dia berkorban membesarkan kamu dengan penuh kudrat & titik peluh. Bukan pengorbanan wang RM yang diminta. Korbankan EGO mu … korbankan perasaanmu … buang prasangka buruk dari hati mu … berbahagialah melihat ayah kamu bahagia dalam sisa hidup yg mungkin bakinya sehari dua. Izinkan dia menutup mata dengan tenang. Inilah bukti kasih sayang kamu kepadanya.
Jika kamu takut ayah tersalah pilih , usahalah bersamanya mencari calon yang sesuai & bertawakkallah kepadaNya. Moga Allah menjumpakan ayah kamu dengan calon isteri yg benar-benar ikhlas ingin menikahinya.
Ayah kamu sebenarnya TIDAK PERLU IZIN kamu untuk menikah semula. Dia boleh saja nikah terus. Tetapi dia mahukan anak-anaknya “endorse” supaya semua orang berbahagia dengan keputusannya. Bukan bermakna dia tidak sayang & lupa arwah isteri . Mana mungkin 40 tahun kehidupan bersama dilupai begitu sahaja.
Nak elak masalah harta berlaku kelak , ayah boleh saja merancang hartanya dari sekarang. Agihan boleh dibuat dengan adil & saksama. Ada hibah , ada amanah boleh dibuat untuk anak-anak & isteri baru. Wasiyyah Shoppe Bhd boleh tolong. Semua orang bahagia semua orang gembira.
Wahai anak-anak… bahagiakanlah ibubapa kamu selagi ada hayatnya. Jika keadaan memerlukan seperti kes Abu , anak-anak sepatutnya menyokong & bukan membangkang. Izinkan dia bahagia ….