Saya masih ditanya soalan ini kerana ada masyarakat yang masih keliru apa beza syarikat amanah berdaftar seperti Wasiyyah Shoppe Berhad dan syarikat-syarikat sdn bhd yang menawarkan perkhidmatan yang sama.
Ada banyak sebenarnya perbezaan utama tapi saya utarakan satu dahulu. Syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai unsur PERPETUITY ATAU KELANGSUNGAN mengikut undang-undang.
Seksyen 33 Akta Syarikat Amanah 1949 ( akta yang mengikat Wasiyyah Shoppe Berhad tetapi tidak mengikat syarikat sdn bhd biasa ) menyatakan dengan jelas Wasiyyah Shoppe Berhad hanya boleh menutup operasi ( penggulungan ) dengan izin mahkamah sahaja.
Antara syarat yang akan dilihat Mahkamah dalam memberi keizinan menutup operasi ialah Wasiyyah Shoppe Berhad telah sempurna menjalankan semua tanggungjawabnya kepada pelanggan atau waris mereka.
Dengan jumlah pelanggan melebihi 70,000 orang dan semakin bertambah, adalah MUSTAHIL Wasiyyah Shoppe Berhad akan sampai ke tahap telah menyempurnakan segala tanggungjawab untuk pelanggan atau waris mereka. Dalam ertikata lain, Wasiyyah Shoppe Berhad tidak boleh menutup operasinya. Menutup syarikat tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan.
Ini sangat berbeza dengan syarikat sdn bhd di mana lembaga pengarah boleh buat keputusan pada bilabila masa untuk menutup operasi. Hari ini mereka membuat BOD resolution, esok mereka boleh tutup kedai.
KENAPA FAKTOR INI PENTING KEPADA MASYARAKAT YANG MERANCANG HARTA ?
Kerana dokumen perancangan harta ini sifatnya ia akan diuruskan selepas kematian kita. Ketika itulah dokumen-dokumen ini akan dibawa melalui proses perundangan baik di Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil. Itulah saat paling kritikal waris memerlukan bantuan dan bimbingan.
Kita mungkin mati 10, 20 atau 40 tahun akan datang. Wasiyyah Shoppe Berhad in shaa Allah akan masih berada di situ untuk membantu waris kita melalui semua proses undang-undang berkenaan kerana undangundang mengkehendakinya. Wasiyyah Shoppe Berhad mengambil akauntabiliti penuh untuk melaksanakan dokumen2 yang disediakannya dan membantu waris melalui semua proses perundangan berkaitan.
Masyarakat yang membuat dokumen perancangan harta mereka melalui syarikat sdn bhd pula, berdepan risiko besar syarikat itu tidak lagi wujud ketika dokumen ingin dilaksanakan selepas kematian mereka pada masa depan. Tiada jaminan waris akan menerima perkhidmatan dan jika syarikat itu sudah tidak wujud, terkapai-kapailah waris mencari pihak yang boleh membantu mereka.
APAPUN TERSERAH KEPADA MASYARAKAT MEMBUAT PILIHAN. Saya hanya menerangkan sahaja.
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )