RISIKO BUAT HIBAH JIKA POSITIF COVID19 ?

Kongsikan

Kita semua terkesima melihat angka jangkitan dan kematian Covid19 yang semakin menakutkan. Varian baru menyebabkan kematian akibat Covid19 berlaku dalam keadaan yang sangat cepat.

Seorang kawan yang pernah disahkan positif semasa PKP1.0 sehingga diintubate dan peluang hidup 50:50 bercerita kepada saya bagaimana kelam kabut dan sayunya dia meninggalkan pesanan untuk keluarganya ( termasuk pesanan pembahagian harta pusaka ) pada malam sebelum dia diintubate. Dari waktu dia dimasukkan ke hospital, disahkan positif dan diintubate hanya memakan masa 3 hari sahaja. Sangat menakutkan.

Covid19 juga membawa satu cabaran baru kepada perancangan harta secara syariah terutamanya isu ‘marad al-maut’ atau ‘penyakit yang membawa kematian’ di dalam hibah.

Hibah yang dibuat dalam keadaan Pemberi hibah telah disahkan positif Covid19 dan kemudiannya dia meninggal dunia di dalam tempoh kurang setahun dari tarikh dia membuat hibah itu , ada kemungkinan jika dicabar di Mahkamah Syariah, hibah itu boleh terbatal !
 
Walaupun isu ini masih boleh didebatkan kerana ia isu baru dan pandangan fuqaha juga pelbagai, namun ia risiko yang jelas. Jadi jika nak pastikan hibah yang anda buat berkuatkuasa dan hasrat anda nak memberi harta kepada penerima hibah tercapai, buatlah hibah dalam keadaan sekarang iaitu ketika anda masih tidak disahkan positif Covid19. Ia lebih selamat dan terjamin.

Jadi tak boleh langsung nak buat hibah kalau sudah disahkan positif Covid19 ? Anda mungkin boleh menyembunyikan fakta bahawa anda telah disahkan positif daripada kami ketika menyempurnakan hibah anda, namun anda kena faham risiko hibah itu mungkin terbatal jika ditentang atas prinsip ‘marad al-mawt’.

Apapun kuasa untuk menentukan hibah itu sah atau tidak adalah Mahkamah Syariah. Setakat ni masih tiada kes berkaitan ‘marad al-mawt’ untuk hibah disebabkan oleh Covid19. Namun risiko itu tetap ada.

APA YANG PERLU MASYARAKAT BUAT SEKARANG ?

Saya suka nak menasihatkan masyarakat supaya kalau nak buat hibah, buatlah sekarang ketika kita masih sihat wal afiat. Risiko Covid19 ini SANGAT TINGGI untuk kita semua. Jadi, buatlah hibah sebelum anda disahkan positif Covid19 untuk mengelakkan isu ‘marad al-mawt’.

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai penyedia dan pelaksana hibah paling banyak dan paling berpengalaman di Malaysia boleh membantu anda membuat hibah secara atas talian sahaja. Tidak boleh bertemu, Pemberi dan penerima hibah boleh berada di rumah masing-masing di mana-mana sahaja lokasi seluruh dunia. Tiada masalah untuk berhibah melalui kami.

Jom, jangan berlengah lagi.

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.