BERDOSA BUAT HIBAH ?

Kongsikan

Di saat kita sibuk mengejar lailatulqadr, soalan ini dipm kepada saya oleh seorang pembaca. Saya rasa dah banyak kali saya jawab soalan ini. Nampaknya masih ada masyarakat yang keliru mungkin sebab dikelirukan. Dalam posting saya pun sebelum ini pun saya pernah menerangkan isu ini. Mungkin ramai yang malas nak scroll kot.

Isu ‘BUAT HIBAH BERDOSA’ ini dimainkan semula kerana kata pihak-pihak ini, hibah itu berlaku selepas mati bukan semasa hidup. Jadi berdosa buat hibah kerana melarikan diri dari faraid dan menafikan hak mereka ke atas harta pusaka.
 
Jenuh sebenarnya dok bagi penjelasan berbelas tahun lamanya. HIBAH ITU BERLAKU SEMASA HIDUP DAN BUKAN SELEPAS MATI !
 
Hibah itu sah sempurnanya apabila semua rukun dan syarat dipenuhi semasa hidupnya si pemberi hibah. Hari ini, pemberi hibah ( pemilik harta ) berijab menghibahkan hartanya kepada penerima hibah. Penerima hibah pula berqobul menerima harta yang dihibahkan.
 
Selepas itu al qabd berlaku dengan pemberi hibah menyerahkan penguasaan terhadap harta kepada penerima hibah. Maka sah dan lengkaplah hibah itu HARI INI. Apabila ia telah sah dihibahkan, jika pemberi hibah mati esok, ia bukan harta pusaka pemberi hibah kerana ia telah sah dihibahkan.
 
Jadi tidak timbul isu waris faraid dinafikan hak kerana mereka memang tiada hak ke atas harta yang telah dihibah kepada pihak ketiga kerana ia BUKAN HARTA PUSAKA !
 
Dokumen pemilikan harta boleh ditukarmilik dari nama pemberi hibah kepada penerima hibah hari ini atau pada bila-bila masa pun termasuklah selepas kematiannya.
 
Ini hanyalah proses perundangan sahaja dan terdapat alasan penghakiman dari Mahkamah Syariah pada 2019 yang secara spesifik mengatakan bahawa proses perundangan tukarmilik nama dalam dokumen pemilikan harta ini tidak memberi kesan kepada pengesahan hibah.
 
Hibah akan disahkan oleh Mahkamah Syariah asal sahaja semua rukun dan syarat al qabd itu sempurna. Jadi saya ulang semula, HIBAH KUATKUASA SEMASA HIDUP. Tiada hibah yang berlaku selepas mati. Maka dari mana timbul isu ‘BERDOSA BUAT HIBAH’?
 
Jangan terkeliru ya.
 
ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )

Leave A Comment

Cart

No products in the cart.