Wasiyyah Shoppe Berhad ialah organisasi PERTAMA yang memperkenalkan peluang keusahawanan di dalam industri perancangan harta secara Syariah pada 2004. Ketika itu penggerak industri ini hanyalah terdiri dari kakitangan syarikat amanah milik Kerajaan dan peguam sahaja. Industri ini pada 2004 hampir tidak wujud. Masyarakat tidak tahu betapa pentingnya mereka merancang harta semasa hidup. Mereka tidak tahu apa itu faraid, apa itu wasiat jauh sekali nak faham apa itu hibah. Masyarakat tiada penyelesaian kepada masalah pusaka yang semakin meruncing.
Wasiyyah Shoppe Berhad menyedari hakikat bahawa jika kesedaran dalam masyarakat tentang kepentingan perancangan harta ini mahu digerakkan secara berkesan, kita perlukan ramai daie. Kita perlu ramai daie yang mengambil tanggungjawab berdakwah menyebarkan ilmu fiqh mawarith ini kepada masyarakat.
Kenapa Wasiyyah Shoppe Berhad bersungguh-sungguh mencipta peluang keusahawanan yang tidak wujud pada ketika itu? Kerana kami merasakan ia adalah tanggungjawab fardhu kifayah yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam. Ketika itu ramai perancang kewangan non-muslim yang bergerak memperkenalkan wasiat kepada pelanggan muslim mereka. Ia senario yang agak pelik apabila mereka yang bergerak dalam masyarakta mendidik umat Islam tentang faraid dan wasiat.
Seorang sahabat menghubungi saya pada 2005 dan menceritakan betapa dia rasa janggal bila seorang perancang kewangan bukan Islam berambut blonde dan berskirt pendek datang berkempen kepadanya, “Sebagai orang Islam you mesti faham tentang faraid sebab itu ajaran dalam Al Quran. Itulah I datang nak explain dan nak bantu you buat wasiat!
Dalam masa sama kita tidak boleh menyalahkan perancang kewangan non-muslim kerana kebolehan mereka melihat potensi industri ini. Kepada mereka ini peluang bisnes baik yang mesti disambar. Kita hanya boleh salahkan diri sendiri kerana sebagai orang Islam, kita sendiri tidak berminat menjadikan industri perancangan harta ini sebagai platform dakwah. Kita sentiasa memikirkan kalau kita tidak buat, orang lain akan buat kerja ini. Maka itulah masalah pusaka terus berleluasa dalam masyarakat.
Dengan aset yang semakin sofistikated dan nilai harta yang semakin tinggi, proses pengurusan pusaka bila berlaku kematian telah menjadi semakin rumit. Kerana itulah semenjak ditubuhkan pada 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad berusaha keras mengajak semua orang Islam bersama-sama kami sebagai daie mawarith untuk berdakwah menyebarkan ilmu fiqh mawarith kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah ke seluruh dunia. Islam ada jawapan untuk kesemua permasalahan harta dan pusaka. Dengan 38 jenis perkhidmatan perancangan harta, Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai jawapan untuk semua isu harta dan pusaka yang membelenggu umat Islam. Kami hanya mahukan daie-daie yang ramai untuk membawa solusi ini ke dalam masyarakat.
Anda tidak perlu risau apa latarbelakang anda. Sama ada anda perancang kewangan berlesen, ejen hartanah, pejuang takaful, perunding pelaburan, imam, ustaz, guru atau sesiapapun, kami memerlukan anda. Modul latihan yang terkini dan paling komprehensif yang telah dibangunkan Wasiyyah Shoppe Berhad hasil pengalaman operasi 17 tahun dan bimbingan dari Panel Syariah kami yang berkemahiran dan berkemahiran tinggi dalam isu harta dan pusaka, anda berpeluang untuk menjadi cekap, berilmu dan beretika dalam menjalankan usaha dakwah ini. Apa yang paling penting, anda mempunyai semangat untuk membantu umat Islam dalam urusan penghartaan dan nawaitu bekerja hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Apa pengalaman yang daie-daie kami lalui pada musim pandemik Covid19 semenjak setahun yang lepas? Di saat banyak perniagaan terjejas dengan teruknya era pandemik ini, ramai di antara daie-daie kami memperoleh pendapatan yang lumayan. Masyarakat semakin sedar tentang risiko kematian yang semakin tinggi akibat Covid19 sekaligus meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad. Pada ketika ini, permintaan yang tinggi menyebabkan daie-daie kami yang sedia ada tidak menang tangan.
Walaupun selalu diterapkan semangat bahawa kita bekerja kerana mengejar redha Allah, peningkatan permintaan mendadak menyumbang kepada peningkatan pendapatan daie-daie kami. Jadi jika anda masih buntu apa yang ingin dibuat pada musim pandemik ini, daftarlah sebagai daie Wasiyyah Shoppe Berhad. Kami sedia membimbing anda mengejar kejayaan duniawi dan ukrawi. In shaa Allah.
Comments (2)
Hamzah Bin Ismail
Saya mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan menjadi daie wasiyyah shoppe.
Admin
tuan boleh layari link ini : https://wasiyyahshoppe.com.my/kerjaya